Sunday, February 10, 2013

Dugaan ooo dugaan

Assalamualaikum semua

Entry kali ni aku nak berkongsi sikit tentang rasa kegelisahan sepanjang hari ni. Entahlah kenapa terasa seolah-olah ada sahaja yang tak kena di hati ni. Kdg2 rasa tak selesa, kdg2 rasa mcm tak tenteram. Mungkin kurang rehat agaknya. Almaklumlah semalam tidoq lewat sebab pegi menyembang kat bilik kawan sampai pukul 3am.

Apa2 ja benda yang aku buat jadi serba tak kena. Tambahan pula emosi agak terganggu sikit (rahsia). Sekitar pukul 10.30am Syahir mesej nak ajak makan sekali tgh hari then hantaq dia kat The Store. Katanya nak p bercuti semalam kat Marina Beach Resort bersama kwn2nya. Dgn hati yang berat aku menerima ja. Bukan apa, aku dah lah xdak lesen. Jauh pulak tuh. Inilah kali pertama aku menunggang motor ke tempat yang jauh.

Dalam hati asyik menyebut nama Allah SWT ja sbb takut2 kalau terjadi SESUATU. Nauzubillah. Tapi alhamdulillah, aku selamat juga kembali ke kampus. Cuaca kat Ipoh kali ni agak terik. Bahang haba cukup terasa sampai ke tulang. Kena banyakkan selawat.

Selepas solat maghrib, aku keluaq pegi makan kat luaq kampus. Dengan bersendiri tanpa berteman, aku redah ja apa rintangan yang ada. Meski diri ini cukup terasa sunyi, tapi aku tetap sabar. Selesai makan, aku terus pegi Giant nak pegi bank in duit utk barang yang aku order secara online. Tiba-tiba, tgh dah masukkan duit sebanyak RM20, mesin tergendala. Di sinilah DUGAAN yang perlu aku hadapi seorang diri. Dengan kudrat yang ada, aku call nombor yang tertera di mesin utk buat laporan.

Suasana agak kalut sebab aku perlu memberikan nombor akaun Si penerima. Nombor tu pulak dalam handphone aku. Operator tu kata dalam 2 minit dia call balik. Aku pun bingung tak tau mana nak cari pen dan kertas. Last2, aku teringat kat makcik kat foodcourt tempat aku selalu makan. Alhamdulillah, dapat juga aku pen dan kertas. Then, selesailah buat laporan. Kena tggu 3-7 hari bekerja baru duit masuk.

Aku pun decide utk balik ke kampus. Tgh nak buka rantai motor yang berkunci, ada seorang budak dtg lalu mintak RM2, katanya nak beli air. Aku agak sangsi sebab katanya tadi ayah dia kerja then lupa nak minta duit. Aku tau dia tak ckp jujur. Apa pun, aku bersangka baik sahaja. Lagi pun, tak rugi bersedekah pada orang lain. Kawan aku prnah beritahu bahawa sekiranya kita byk dilanda masalah, bykkan bersedekah sbb ia boleh meringankan beban yg menimpa kita. Amiin.

5 comments:

  1. Betul tu...ujian yg berat adalah utk orn=g yg hebat...mcm ko bos.

    ReplyDelete
  2. Dah2 lah tuh. aku ni cuma sampah ja. Yg tggal nak dibuang jauh2 ja.

    ReplyDelete
  3. dugaan sentiasa datang dan hadir dlm hidup kita...tapi ingat..dugaan itu lah yg menjadikan kita lebih dewasa.. =)

    ReplyDelete