Sunday, April 8, 2012

Sabar la. . sedikit masa lagi ya daus firwan.



Allahu Rabbi,
Sujud syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memanjangkan umur dan meminjamkan seketika nyawa buat aku.

Allahu Rabbi,
Kali ini aku memulakan gerak langkah dengan membersih dan menyucikan hati. Aku bertekad ingin menjadi kekasih Allah. Aku mahu hidupku diredhai oleh Allah SWT. Meski aku bukan orang yang selayaknya, akan aku cuba dan usahakan dengan bersungguh-sungguh.

Allahu Rabbi,
Kali ini mula berpijak di bumi yang nyata. Kata-kata nista daripada manusia takkan aku endah lagi sebab semua itu hanya racun yang boleh meracuni fikiranku. Aku berserah dan bertawakkal kepada Allah.

Allahu Rabbi,
Aku malu pada diri sendiri. Aku banyak melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan perkara yang diperintahkan. Apakah aku layak menjadi kekasihMu ya Allah? Aku mahu bertaubat daripada segala dosa-dosa silam yang amat menyeksakan.

Allahu Rabbi,
Kalau inilah penentuan hidupku, aku redha ya Allah. Izinkan aku bernafas ya Allah walau hanya seketika. Aku tidak akan meminta apa pun daripadaMu ya Allah melainkan cinta dan kasih sayangMu buatku. Aku hidup penuh dengan dugaan dan ujian yang telah Engkau kurniakan. Semoga dengan kesabaran menempuh dugaan ini membuatkan imanku bertambah dan teguh.

Allahu Rabbi,
Jika hari ini nyawaku sudah hampir tiba masanya, izinkan aku bertaubat padaMu ya Allah. Izinkan aku sujud kepadaMu buat kali terakhir. Izinkan aku melihat wajah sahabat-sahabatku aku cintai tapi cinta aku kepada mereka tidak melebihi cinta aku padaMu ya Rabbi.

Allahu Rabbi,
Selawat dan junjungan buat Rasulullah yang sangat aku cintai dan sayangi. Apakah aku juga layak bertemu Rasulullah? Betapa jauhnya perbezaan jarak masa aku dan Rasulullah tapi Rasulullah masih ingat dan kenal akan umat-umatnya. Allahu Akbar, inilah dia kekasihMu ya Allah. Terciptanya sesempurna manusia yang begitu baik kejadiannya. Aku malu untuk bertemu Rasulullah suatu saat nanti kerana aku selalu alpa dan leka daripada mengingati Rasulullah. Ampunkan aku ya Allah.

Allahu Rabbi,
Biarkan semua ini menjadi titik tolak aku untuk memperbetulkan iman dan akidah kepada landasan yang sebenarnya. Jangan biarkan aku leka dan lalai lagi ya Allah. Buat teman-teman yang memahami aku, aku yakin kamu akan menerimaku seadanya. Kalau pun bukan hari ini, pasti suatu saat nanti. Seandainya keberadaan ku tidak diterima, aku redha ya Allah. Aku sabar menunggu hari-hari bahagia aku bersama Rasulullah. Amiin ya Rabbi.

Tuesday, April 3, 2012

2 APRIL. . Hari yang dinanti-nantikan.




Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Firdaus Abdullah
Allah selamatkan kamu

Alhamdulillah, inilah kegembiraan buat diriku saat berhimpunnya doa-doa yang baik lagi tulus buat diriku.  Sedar tak sedar, usia dan menjangkau 20-an.  Walaupun masih berada dalam kategori remaja, namun diri ini harus kena sentiasa beringat.  Sepanjang hidup selama 20 tahun, berapa besarkah pengalaman yang sudah diperoleh? Banyakkah amal kebajikan yang dilakukan? Begitulah persoalan demi persoalan yang bermain di minda.  Namun, persoalan yang paling mengujakan, siapalah orang pertama yang akan bagi hadiah. Hehe. Esh3, masih tak sedar-sedar lagi ni.

Sekalung penghargaan yang tak terhingga buat semua yang sudi mengucapkan salam kelahiran kepada diri ini dan kata-kata yang merupakan doa terbaik buat diri ini.  Jujur diri ini rasa terharu dan sangat bertuah.  Tambah-tambah lagi ucapan daripada kawan-kawan.  Senyum sampai ke telinga lah jawabnya.  Semoga dengan bertambahnya usia, akan bertambah baik lah diri ini dari semasa ke semasa.


TERIMA KASIH SEMUA!