Friday, January 25, 2013

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT)

Alhamdulillah, mendapat jemputan ke Program Malam Bina Iman dan Taqwa di Tahfiz Tambun bersama saudara Nerudin pada malam hari rabu. Program dijalankan sehari sebelum menyambut kelahiran Rasulullah SAW. Antara pengisiannya ialah Qiamulail, perkongsian hadith, bacaan Al-Quran dan majlis ilmu. Diri ini rasa bertuah kerana dipilih oleh Allah Taala untuk menjentik hati yg dambakan ilmu agama.

Ada beberapa ilmu yg ingin kongsi. Tengah duduk baca majalah Gen-Q, ada satu artikel membuat aku tertarik, iaitu 10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK. Mungkin berguna sbgi panduan para pengunjung bloG.

Jom Lihat

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lemah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. TERLEBIH MAKAN
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak semakin baik. Makan berlebihan akan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dari usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai pada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. MEROKOK
Asap rokok sangat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel otak.

4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tecemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat berbahaya kepada otak.

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. KURANG BERIMAGINASI
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Sekadar copy&paste daripada majalah Gen-Q. Sebarang rasa was-was bolehlah bertanya kepada yang lebih pakar seperti doktor dan sebagainya. Renung2kan dan selamat beramal.

Monday, January 21, 2013

25 Fakta Mengenai Lelaki yang Wanita Mungkin Belum Tahu

Ingin tahu dunia LELAKI?
Apa mahu LELAKI?
Jom sergah entry terbaru dalam bloG saya

Haa, entry terbaru kali ini berbicara mengenai soal kemahuan dan keinginan lelaki. Entry ini pun diperoleh daripada laman web Cari Member. Saja nak kongsi buat menghibur minda. Jom lihat apa yang saya dapat.

  1. Lelaki tertarik dengan wanita bukan dari rupa paras, tetapi dari segi kekemasan penampilan dan kematangannya.
  2. Bila lelaki cakap,”saya tak faham lah dengan awak ni camane” maksud cara wanita berfikir tak sama seperti lelaki.
  3. Lelaki boleh angau dengan senyuman seorang wanita. Ohhh~
  4. Perkara sensitif bagi lelaki adalah bila teman wanitanya selalu menceritakan perihal bekas kekasihnya.
  5. Jangan provok lelaki atau cabar dia dengan mengapi-apikan tentang sesuatu,mesti dia buat punya. Kalau provok benda buruk, lain jadinya.
  6. Bila lelaki berkata,”tinggalkan saya seorang diri” itu bermaksud “saya harap awak boleh ada disisi dan menenangkan saya”
  7. Lelaki tak suka perempuan gedik!
  8. Bagi lelaki, sayang itu tak diluahkan dengan kata-kata tetapi lebih kepada memberi perhatian dan ambil berat terhadap wanita itu.
  9. Kadang-kadang lelaki tiada keputusan yang muktamad. Hahaha.
  10. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak dan buat kek.
  11. Jangan prejudis dan berprasangka terhadap lelaki berkenaan cinta. Bila dia tahu wanita percayakan dia, lelaki akan menjadi begitu serius dalam perhubungan.
  12. Lelaki pun menangis. Erkkkk !
  13. Bila lelaki menelefon wanita atau ingin memulakan perbualan, soalan pertama yang akan ditanya “tengah buat apa? sibuk ke?” atau “ awak dah makan?”
  14. Sebelum mempercayai seorang lelaki, uji lah dia dulu. Tapi jangan berpanjangan,confirm dia bosan dan anggap wanita tak percayakan dia. Lepas tu, say good bye lerr.
  15. Lelaki benci kekotoran di bajunya walaupun kotor tu kecik je. Bagi lelaki,penampilan adalah segalanya.
  16. Lelaki akan cuba membelikan barang yang selalunya wanita suka, tapi biasanya mesti tersalah beli. Tak sama jiwa kot. Hahaha.
  17. Bila lelaki katakan “awak nampak cantik” bermaksud dia sukakan wanita itu.
  18. Bila lelaki minta peluang kedua untuk betulkan kesilapan, berilah ia ruang. Tapi kalau sekali lagi dia buat perangai boleh lupakan je.
  19. Lelaki punya banyak masalah tersimpan yang tidak terlihat dari pandangan mata kasar.
  20. Bila berbual lelaki tiba-tiba terdiam, wanita perlu katakan sesuatu.
  21. Lelaki juga sukakan wanita yang penyayang.
  22. Bila betul-betul serius dalam perhubungan,seorang lelaki akan  menyayangi wanita lebih daripada apa yang anda jangkakan. Dan juga lebih dari cara anda menyayangi lelaki tersebut.
So semua sekali tu korang baca dan faham betul2 ok. Eh kenapa ada 22 je? Tadi kata 23? Yang lagi 1 tu cuba korang tambahkan sendiri ya. Mungkin pandangan korang lagi bernas daripada 22 fakta diatas.

(p/s: Hee, entah betul ke tidak, anda nilai lah sendiri. Sebab masing-masing ada pandangan/pendapat tersendiri. Daa. . .)

Monday, January 14, 2013

Secangkir Madu di Kemboja

Alhamdulillah, terdetik juga hati nak update bloG. Aku rasa, kalau bloG ni umpama rumah, lama dah berhabuk. Tapi baca blog org lain rajin pulak. Aku bersyukur pada Allah Taala kerana masih mengizinkan aku hidup sehingga kini. Sedar tak sedar umur dah mencecah 21 tahun. Moga amalanku sepanjang meniti 21 tahun diterima olehNya. Amiin.

Kali ni aku nak share sikit2 gambar kenangan semasa berada di Program Bersamamu Kemboja. Misi utama ialah qurban kat sana bagi memberi makan pada org2 yg susah dan memerlukan. Inilah kali pertama aku menyertai program amal kebajikan. Syukur alhamdulillah. Sekaligus melawat negeri orang. Bolehlah dikatakan dah sampai oversea. Hee.

Program ni bermula pada 23/10/2012 sehingga 28/10/2012. Cuma ada beberapa cerita yang menarik aku nak cerita sebelum aku share gambar2 kenangan di sana. Sekadar sinopsis, nak cerita panjang tak larat nak taip. Tak tergambar dengan kata2. Mahal sangat.

Dugaan yang kami terima semasa hendak berlepas ke kemboja merupakan teladan dan pengajaran buat kami. Semua sekali berjumlah 35 org termasuk pensyarah, staf awam dan pelajar. Malangnya, 13 org terlepas flight sebab terlewat kerana hendak menunaikan solat subuh terlebih dahulu. Dan salah seorangnya ialah AKU. Haha. Masa tu kami agak panik+risau sebab dah dua kali merayu tapi masih tak dapat juga. Kesedihan pun melanda. Tapi, cerita kisah kami terlepas flight tak berhenti setakat itu, kami membuat keputusan untuk mengikuti jalan darat. Memang mencabar dan extreme, tapi seronok sebab dpt singgah Thailand.

StyLo Trip To Cambodia with Nikon:


Wajah2 terlepas flight
Tetap senyum. Hee

Keletihan dalam bas
Off to Butterworth

Terasa seperti artis photoshoot. Hee
Singgah solat

Singgah berbuka puasa di Thailand

We are one family

Keseronokan di Kg. Rokapopram

Mengelilingi bandar Pnom Penh
by Tuk Tuk

Antara masyarakat di Kemboja

Check in di Asia Hotel
Bandar Pnom Penh

Seketika di luar airport sebelum balik

Baju baru beli. Hee

Love All This Memories!