Saturday, October 13, 2012

HATI AKU MERONTA MAU BERUBAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum cinta
Salam alaik. .

Alhamdulillah, terdetik juga hati ni nak update bloG usang ni. Huhu. Syukur aku panjatkan kepada Allah Taala masih memberi keizinan kepada aku untuk meneruskan kehidupan di atas bumi fana ini. Dalam entry kali ini, saja nak kongsi sedikit program2 yang dianjurkan minggu ni bermula pada malam semalam.


Ini salah satu program sempena
Karnival Sebarkan Bahagia
Anjuran BKdM Kampus
Ipoh

Forum 'Jika Aku Jatuh Hati' kali ini menggandingkan antara Ustazah Fatimah Syarha (Penulis Novel) dan Yatt Hamzah (Artis/pelakon/pengacara) dan saudara HaziQ (YDP IPG Ipoh) selaku moderator pada malam tersebut. Gandingan ini sungguh mantap bagi aku kerana mampu menjentik sedikit sebanyak hati aku untuk berubah lebih baik lagi. Hati ini sekali lagi diketuk dengan ilmu2 yang dicurahkan secara life. Tersentap bila Ustazah Fatimah kata bhwa dia sedang berbicara dengan bakal Pembina Ummah (Pendidik).

Aku hampir menitiskan air mata mutiara sebab mendengar pengalaman demi pengalaman yang dikongsikan oleh Yatt Hamzah atau Kak Yatt. Kerana aku merasakan setiap apa yang diceritakan oleh Kak Yatt ada pada aku juga walau berbeza sedikit. Kak Yatt kata di setiap masa dari dulu sehingga dia kini bertudung dia sentiasa memohon pada Allah Taala semoga dirinya beroleh hidayahNya.

Begitulah juga aku yang sentiasa mendambakan hidayah dan kasih sayang Allah kepada aku. Aku menangis sebab aku ingin berubah ke arah lebih baik TAPI aku masih berTapi-tapi dan berTangguh-tangguh. Aku teringin nak berpakaian yang menampakkan aku muslim sejati, aku ingin sentiasa menutup kepalaku dengan ketayap sentiasa, aku ingin mendalami ilmu2 agama jauh lebih dalam. TAPI aku masih belom bersedia.

Aku tau cabarannya tak semudah yang disangka. Mungkin ada kawan2 yang akan jauh dari aku. Mungkin aku perlu bersendiri lagi. Mungkin aku perlu banyak bersabar. Kuatkah aku menghadapinya semua ini dan bersediakah aku menghadapinya selepas aku berubah? Aku masih belom kuat sebenarnya. Mungkin kerana persekitaran membuatkan aku belom bersedia. Aku yakin suatu hari nanti!