Friday, February 17, 2012

Untukmu ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu. . .

Rasanya lama juga tak update bloG aku ni. Alhamdulillah, aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnianya ke atas aku sehingga aku masih lagi diberi keizinan untuk berada di atas bumi ciptaanNya.

Entah la kenapa tetiba ingat kat mama. Mungkin kerana aku terlalu keletihan dengan semua ini. Aku rasa terbeban dengan kerja-kerja sampingan. Aku takut pelajaran terjejas. Lalu pada siapa harus ku adukan. Aku rindu nak dengar suara mama. Kalau dulu aku selalu tunggu panggilan telefon mama. Sekarang aku sudah kesepian.

Aku tak tau nak adukan pada siapa. Aku nak adukan pada Dia, tetapi aku malu padaNya. Sebab aku bukan hambanya yang selayaknya. Aku tak layak lagi. Terlalu banyak perintahnya yang aku ingkar. Aku  juga nak adukan pada junjungan terbesar Rasulullah SAW. Tetapi aku tidak ada keizinan daripadaNya untuk bertemu dalam mimpi. InsyaAllah kalau diberi keizinan, aku nak peluk dan adukan semuanya pada Rasulullah. Aku terlalu penat dengan semuanya.


Aku mohon keampunanMu ya Allah kalau aku bukan hambaMu yang baik dan soleh. Aku tak mampu nak bawa amalanku yang tak sehebat kekasihMu Rasulullah. Aku malu pada diri sendiri. Aku banyak menyakiti sesama makhluk. Sedangkan Engkau yang ciptakan semuanya. Adakalanya aku tak berdaya menghadapi semuanya. Sakitnya, pedihnya. Aku tak mahu menghadapi. Tapi aku kena menghadapi semuanya sebab itu tugasku di atas muka bumi sebagai khalifah.

La tahzan!