Monday, May 7, 2012

Malam DINNER bersama. .

Fesyen?
Gaya?
Penampilan?
atau apa sahaja?
Inilah yang menjadi persoalan di malam DINNER. Hehe

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi yang telah mempermudahkan segala urusan dan perancangan kami. 04hb Mei 2012, tarikhnya bermulanya sesi fotografi seolah-olah menjadi artis. Raja sehari la katakan. Walau bagaimanapun, aku hanya mengambil konsep sederhana dalam penampilan agar tak kelihatan keterlaluan dalam mengenakan pakaian.

Tambahan pula, majlis ini hanyalah makan malam bersama rakan sekelas dan mentor. Bukanlah bersama orang-orang kenamaan. So, pakailah apa pun, janji menepati tema, iaitu GLAMOUROUS. Ada2 saja rakan2 sekelas ni. Tapi xpala, merekalah yang banyak menghiburkan hati ini. Merekalah yang banyak membantu dikala diri ini terasa banyak masalah. Cuma kurangnya pendekatan agama. InsyaAllah, suatu hari nanti wahai teman-temanku. Huhu

Cakap banyak pun tak best juga kalau tak tunjuk koleksi gambar-gambar semasa sedang berDINNER. Mai la sama-sama kita saksikan. Sekadar perkongsian sahaja. Buat kenangan  sepanjang hidup.

KOLEKSI GAMBAR:

Ini hah antara artis malam tuh. Sedondon pulak tuh, baju biru


Ini KU dan PKU. Jadi pyambut tetamu pulak. Ngee
Jasamu dikenang


Inilah mentor kami, En Abdulah Kasim. Sporting sgt! Huhu
Thanks papa for everything


Wah, aku ngan aziram jd pgacara mjlis pulak. Riuh sekampung gitu


Ni dia penyajak kelas aku. Siap dgn kaca mata hitam lagi. Wakaka
Kalau dgr, pecah memecah la perut. Hua3


Ni dia jejaka2 K2. Semua ada bakat model except me ya. Haha
Kumbang2 teruna. Pilih saja


Mentor juga la yg paling sempoi. Anak2 didik?
Semua dah serupa artis


Malam yg menyeronokkan. Hilang sikit stress dlm kepala ni sbb asyik dibebani dgn kerja2 sampingan. Apa pon, dlm kita brsenda gurau, jangan lupa bahawa di luar sana masih ada yang berduka. Inilah pengalaman bersama rakan2 sekelas. Pasti akan tercari-cari tatkala masing2 dah dipostingkan utk mengajar anak bangsa. Rindu itu sudah pasti ada.

Aku mendoakan semoga ukhuwah dan ikatan persahabatan kami jangan pernah putus. Biarkan menjadi simpulan tali yang erat dan kukuh. Masih jauh lagi perjalanan menimba ilmu di negeri orang. Dalam menempuh perjalanan itu, aku mohon Allah peliharalah hati2 kami dan satukanlah hati2 kami di bawah naungan rahmat dan kasih sayangMu.

LOVE FOREVER FOR CLASSMATES!







Wednesday, May 2, 2012

Debat Perpaduan IPGM 2012 di IPGKSM

Assalamualaikum cinta. Ceh. Haha.

Alhamdulillah, syukur sbb msh dipanjangkan umur dan msh bisa mghirup udara yg segar dlm keadaan aman dan damai. Allahu Rabbi. Lama betol aku x update blog kesayangan ni. Entah la, semakin nak hujung sem, semakin busy la pulak. X boleh jadi ni, kena la ambik masa utk diri sendiri. Tambah2 lagi hari exam dah nak dekat.

Kali ni aku nak kongsi cerita sepanjang berada di bumi Terengganu. Menghadirkan diri ke Pertandingan Debat Perpaduan antara IPGM dengan penuh semangat. Pertandingan bermula pada 26hb April hingga 30hb April 2012. Debaran hari pertandingan sentiasa terasa hatta tengah kuliah. Hehe. Paling best, akhirnya sampai juga kat bumi Terengganu dan Kelantan.

Hari pertama dah bad mood sbb kereta pensyarah pulak ada problem. Patutnya bertolak pukul 11am. Tapi alih2, lewat ptg juga barulah bertolak. Semangat pun seolah-olah dah terbang melayang-layang entah ke mana. Nasib baik ada yang tolong top up. Huhu. Tepat pukul 3am barulah kami sampai. Memang kerja gile, pukul 7am kena bangun plak utk bersidang. Haha. Aku pun x nak lah cerita panjang sangat. Aku nak tunjuk gambar2 sepanjang perdebatan je. Nah, ambik kalian.

Masih boleh senyum even bad mood. Hoho


 Harmoni dengan warna biru


 Berdebar nak buat penggulungan. Huhu


 Seriusnya. Haha


 Sempat lagi bersama IPIS


Mcm johan pulak. Haha


Best juga baju pink


Bersama peminat dr IPGKSM, saudara Hafizuddin


Bersama Kampus Tuanku Bainun


Gosip sakan nampak. Hua3


Kwn dr Kampus Gaya, saudara hamzah. xtau napa gmbr ni jd cmni. Haha


Snap jap bersama Kampus Perlis


Haa, seronok dpt jumpa kwn blogger, saudara Edy Ferdaus


Tu diaa, gabungan zon utara. Mantap!


Sebelum ke final, snap lg byk2. Hehe

Sempat lg sebelum kembali ke kampus ipoh. Hehe. Di puncak gunung


Haa, ni yg aku suka nak tunjuk. Awesome! Suka sgt.

Kesimpulannya, wujud rasa tidak puas hati sebab berlaku konspirasi oleh tuan rumah sendiri. Hak org lain dirampas sesuka hati. Sedih juga. Tapi kembali kepada agama, setiap kesulitan yg dihadapi pasti ada kesenangan. Xpala, kena redha dgn ketentuan Allah SWT. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Apa pon, IPGKSM, kami akan menuntut kembali hak-hak itu! Pasti! Huhu.