Thursday, February 13, 2014

Malam Dinner Bersama Rakan Sekelas

Syukur
Alhamdulillah
Terima Kasih Ya Rabb

Alhamdulillah, selesai sudah malam dinner bersama rakan sekelas di Restoran Wawa kateko. Menu yang aku pesan ialah Lamb Chop. Dengar kata memang sedap. Tapi bila aku rasa tadi, aku boleh bagi 3 bintang daripada 5. Kuah blackpaper kurang memuaskan, agak pahit sedikit. Apa pun syukur atas rezeki-Nya.

Akan datang buat majlis bacaan yaasin dan tahlil ringkas untuk keselamatan sepanjang menempuh kehidupan di kampus di samping doa kesyukuran atas kesembuhan sahabat kami, Ana Farhana. Tahniah Ana Farhana atas ketabahan dan kekuatan menempuh kesakitan yang dialami. Moga2 itu adalah kifarah atas dosa2 yang pernah dilakukan. Bertuah Ana!

Kebahagiaan bersama rakan sekelas bukanlah hanya sekadar duduk dan makan bersama, tapi kita berkongsi susah senang suka duka supaya kita saling menghargai antara satu sama lain. Apa pun, aku tidak pernah berputus asa terhadap rahmat Allah Taala. Sentiasa berdoa semoga kami sekelas duduk dalam kalangan orang2 yang beriman.

Begitulah fitrah kita sebagai manusia. Sentiasa inginkan kebaikan. Tidak ada yang menginginkan kejahilan atau kejahatan. Semuanya nak kepada kebaikan. Tapi mungkin sebahagiannya ada yang takut untuk berubah, tidak kurang juga yang malu. Tapi, Kun Fayakun. Maka jadi, jadilah. Apa yang Allah kehendaki, pasti akan berlaku. Tapi aku risau, takut2 kalau kita tidak sempat bertaubat sebelum nyawa dicabut Malaikat Izrail. Walaubagaimanapun, wajib husnuzon pada Allah Taala. Semua perancangan-Nya adalah yang terbaik.

"Senyumlah setiap hari.
Semoga dengan senyuman itu
akan membawa kebahagiaan hakiki
dalam kehidupan kita semua"

Sunday, February 9, 2014

Sedih Tak Dapat Anugerah Pengarah

Maha Suci Allah
Maha Pemberi Segalanya
Syukur pada-Mu ya Rabb

Assalamualaikum bloG usangku. Sebenarnya terasa nak update mengenai Lawatan Sambil Belajar Ke MSN Kuala Lumpur jumaat lalu. Tapi sebab fikir lawatan tuh xdak apa sangat yang nak dikongsi. Haha. Jadi malam nih hanya nak meluahkan perasaan hati. Keh keh keh.

Tadi baru dapat berita semasa mengenai Anugerah Pengarah yang diramalkan akan diadakan pada 14hb nih. Sedih sebab yang layak menerima anugerah hanya yang dapat 3.85 ke atas sahaja. So, aku tak layak lah sebab dapat 3.81 sahaja. Huhu.

Memanglah pengalaman itu penting daripada sijil. Aku tak nafikan sama sekali. Tapi pengalaman boleh diperoleh di mana2 sahaja. Kalau anda jadi guru tuisyen kat rumah pun anda tetap dapat pengalaman mengajar kan meskipun berbeza dengan pengalaman belajar di ipg. Tapi itu tetap pengalaman. Tapi sijil anugerah pengarah dari IPG Kampus Ipoh bolehkah anda dapat di mana2? Bukan hanya di IPG Ipoh sahaja? Aku tinggalkan persoalan buat anda.

Just I think it as positively. Sebab peluang sentiasa ada selagi hayat dikandung badan, selagi masih belajar di sini. Malah semangat tak nak kalah itu semakin membara dalam diri. Terbakar hangus. Aku tak menyalahkan sesiapa pun melainkan diri sendiri.

Kadang-kadang, aku terasa terlalu membelakangkan penciptaku. Iyalah, kadang-kadang bila azan dah berkumandang, seruan ilahi mendatang, aku masih lagi duduk ngadap lap top. Seolah-olah aku meletakkan Allah SWT nombor dua. Nombor satu ialah lap top. Itu kan salah. Ada rasa bersalah kat situ. Mungkin sebab tuh lah rezeki juga tidak melimpah. Sedangkan nak minta segala-galanya pada Dia. nak itu nak ini. Tapi letak Dia nombor dua. Kan salah tuh. (Muhasabah diri malam ini)

Tapi siapa sangka bahawa Mas Randy akan berputus asa? tidak sama sekali. Kalau dunia artis pun mampu aku renangi, inikan pula dunia perguruan. Haha. Poyo sangat u ollsss. Iya, sikap kena mula berubah. Jangan duduk di tempat yang selesa. Jangan duduk di tempat yang sama. Usaha dan usaha lagi. SEMANGAT!

(p/s: Walaupun assignment tak buat apa2 lagi, masih semangat kewwww? Haha?)

Thursday, February 6, 2014

Belum terlambat untuk menjadi orang yang hebat

Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Penanda Aras BIG Semester 5 yang diadakan di SK Kampung Jambu Taiping, salah satu sekolah kluster di Perak. Lawatan ini dijayakan bersama-sama dengan guru pelatih unit K19 (Major PAI). Lawatan ini berjaya kami sempurnakan dengan jayanya.

Hasil daripada lawatan ini aku belajar satu ilmu yang jarang kita ambil kisah, iaitu "When u get the work, please don't say no". Segala tugasan atau kerja yang tertanggung di bahu kita adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dituntut di akhirat kelak. Kena fikir, bila kita dapat gaji setiap bulan, apa yang kita beri pada murid-murid kita? Sedang mereka pula sentiasa memerlukan kita.

Sedikit sebanyak hati aku telahpun terbuka untuk menjadi guru. Jadi guru sahaja tidak cukup untuk menjulang anak bangsa di persada dunia, tetapi jadilah guru yang hebat di mata dunia. InsyaAllah hasil anak didik juga pasti berkualiti dan bermanfaat untuk generasi pada masa hadapan.

Sedikit ulasan terhadap pendidikan di SK Kampung Jambu. Serius aku sangat kagum dan terpesona dengan segala pendekatan yang ditekankan di sekolah ini ketika sedang menyampaikan ilmu. Contohnya, penggunaan talking board yang diaplikasikan di dalam bilik darjah menjadikan murid-murid sentiasa peka terhadap pengajaran guru. Inilah yang sebenarnya dikatakan proses mengajar dan belajar sudah pun berlaku di dalam biik darjah.

Sesungguhnya belum terlambat untuk menjadi guru yang hebat di mata dunia. Tapi harus diingat bahawa menjadi guru bukan sekadar mendidik sahaja, tetapi perlu membimbing segala tingkah laku dan gaya hidup murid ke arah kebaikan. Semua orang boleh menjadi guru. Tapi adakah mereka berjaya menjadi guru yang membentuk muridnya dengan didikan dan bimbingan yang sempurna? yang ini kena muhasabah diri sendiri.

Memori di SK Kampung Jambu:

Puan Norihaan (GB Sekolah)
Tengah menjual saham sekolah. Hehe


Wajah gembira program dan habes dah.
Haha

Antara bangunan sekolah.
Kelihatan lama.
Tapi pencapaian mantap!


Sekian, terima kasih.

(p/s: esok Lawatan Sambil Belajar ke MSN Kuala Lumpur pula. 4 suku dah bertolak. Kau hade??? Mata ngantuk dan nih. Hehe)



Wednesday, February 5, 2014

Hangat Pilihanraya JPP IPIPOH

Malam ini terasa nak berkongsi sedikit luahan perasaan kepada Sang BloG ku yang usang sudah rupanya. Hehe. JPP sesi 2012/2013 sudah pun selesai dibubarkan. Alhamdulillah. Kini bermula era pencalonan baharu bagi pemimpin-pemimpin ummah sesi 2014/2015. Nampaknya banyak juga mahasiswa masuk ke pencalonan tersebut.

Aku seperti biasa selalu mendapat dorongan dan sokongan daripada rakan-rakan untuk masuk ke pencalonan JPP. Tapi nampaknya aku harus menolak lagi. Tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa pun tapi aku memang belum bersedia. Semangat pun selalu hilang entah ke mana.

Aku tau bahawa aku memang ada sifat kepimpinan yang terpendam. Sejak zaman persekolahan lagi selalu memegang jawatan. Tapi kali ini jawatan yang dicadangkan kepada aku memang sangatlah besar tanggungjawabnya dan nilai integritinya di sisi masyarakat. Tidak dapat mengangkat dan menanggung dengan baik dan sempurna maka gagal lah aku sebagai pemimpin, iaitu Yang Dipertua JPP. Sudah pasti jawab di akhirat kelak!

Aku yakin peluang untuk menangkan jawatan ini memang besar. Tapi menang sahaja tidak cukup untuk menuntut kembali hak-hak mahasiswa yang dimonopoli. Harus bekerja keras dan berkorban apa sahaja yang dimiliki saat ini. Sudahkah aku bersedia? Jawapannya aku memang sudah bersedia. Tapi keyakinan itu selalu hilang entah ke mana.

Setiap insan pasti berkehendak menjadi pemimpin yang hebat di mata masyarakat. Begitulah aku yang teringin menjadi pemimpin yang hebat dan berjasa kepada seluruh warga IPG Ipoh. Namun, aku kalah lagi dengan semangat dan keyakinan yang kian tenggelam. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk yang terbaik buat aku. Amiin.

"Aku Mahu Jadi Pemimpin"

Monday, February 3, 2014

Sempena Chinese New Year

Alhamdulillah syukur pada Allah Taala, masih memberi rahmat untuk bernafas di alam fana ini. Syukur juga anggota badan yang dipinjamkan sementara masih sihat dan sempurna seadanya. Sudah lama tidak menulis di bloG yang cukup berhabuk dan usang ini. Itulah, kadang terasa malas hendak menulis. Satu budaya yang perlu dihapuskan serta merta kerana bermalas-malasan tidak elok untuk hidup yang produktif.

Cukup 5 hari cuti sempena Chinese New Year (CNY). Hari khamis memancing bersama Hamdi, Akmal, Nerudin, Munir dan Asri di Batu Gajah. Jumaat pula ke Kotaraja ada kuliah dhuha oleh Dr Zainal. Selalu muncul di TV9 dalam sesi soal jawab. Sabtu pula bergerak ke Selama memenuhi jemputan Akmal. Kakaknya berkahwin dengan Mat Salleh bernama Mohd Jose bin Abdullah. Alhamdulillah, tahniah!

Jelas terasa keletihannya. Hari ahad dan isnin memang waktu untuk merehatkan tubuh badan yang memang keletihan. Tidur makan tidur makan lah jawabnya. Tak juga gemuk2. Hehe. Sebab banyak tidur, hari ini kena pula jangkitan selesema. Menurut fakta pakar biologi, orang yang selesema akan hilang 40 percent daya ingatan. Betul lah kot sebab bila selsema ni memang tak berapa nak fokus dengan apa yang kita buat. Semoga sembuh esok. Esok nak kuliah dah.

Apa pun, malam ni saja nak buat senarai aktiviti sepanjang minggu ini:

6hb Februari 2014: (Pagi) BIG Semester 5 (Taiping) Sk Jambu
: (Malam) Ceramah kaedah Haraki di Piah oleh Us Zakariah

7hb Februari 2014: Bergerak ke MSN Kuala Lumpur memenuhi proforma subjek PJK

8hb Februari 2014: (Pagi) Kursus KOAM di padang
: (Petang) Fasi untuk teambuilding SK Sri Ampang di Pulako

InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Rabbi Yaasir Waala Tua'sir. Amiin ya Allah.