Thursday, February 6, 2014

Belum terlambat untuk menjadi orang yang hebat

Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Penanda Aras BIG Semester 5 yang diadakan di SK Kampung Jambu Taiping, salah satu sekolah kluster di Perak. Lawatan ini dijayakan bersama-sama dengan guru pelatih unit K19 (Major PAI). Lawatan ini berjaya kami sempurnakan dengan jayanya.

Hasil daripada lawatan ini aku belajar satu ilmu yang jarang kita ambil kisah, iaitu "When u get the work, please don't say no". Segala tugasan atau kerja yang tertanggung di bahu kita adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dituntut di akhirat kelak. Kena fikir, bila kita dapat gaji setiap bulan, apa yang kita beri pada murid-murid kita? Sedang mereka pula sentiasa memerlukan kita.

Sedikit sebanyak hati aku telahpun terbuka untuk menjadi guru. Jadi guru sahaja tidak cukup untuk menjulang anak bangsa di persada dunia, tetapi jadilah guru yang hebat di mata dunia. InsyaAllah hasil anak didik juga pasti berkualiti dan bermanfaat untuk generasi pada masa hadapan.

Sedikit ulasan terhadap pendidikan di SK Kampung Jambu. Serius aku sangat kagum dan terpesona dengan segala pendekatan yang ditekankan di sekolah ini ketika sedang menyampaikan ilmu. Contohnya, penggunaan talking board yang diaplikasikan di dalam bilik darjah menjadikan murid-murid sentiasa peka terhadap pengajaran guru. Inilah yang sebenarnya dikatakan proses mengajar dan belajar sudah pun berlaku di dalam biik darjah.

Sesungguhnya belum terlambat untuk menjadi guru yang hebat di mata dunia. Tapi harus diingat bahawa menjadi guru bukan sekadar mendidik sahaja, tetapi perlu membimbing segala tingkah laku dan gaya hidup murid ke arah kebaikan. Semua orang boleh menjadi guru. Tapi adakah mereka berjaya menjadi guru yang membentuk muridnya dengan didikan dan bimbingan yang sempurna? yang ini kena muhasabah diri sendiri.

Memori di SK Kampung Jambu:

Puan Norihaan (GB Sekolah)
Tengah menjual saham sekolah. Hehe


Wajah gembira program dan habes dah.
Haha

Antara bangunan sekolah.
Kelihatan lama.
Tapi pencapaian mantap!


Sekian, terima kasih.

(p/s: esok Lawatan Sambil Belajar ke MSN Kuala Lumpur pula. 4 suku dah bertolak. Kau hade??? Mata ngantuk dan nih. Hehe)



No comments:

Post a Comment