Tuesday, January 20, 2015

Kerja Berlambak

TERIMA KASIH
ALLAH

Usai solat subuh bertadarrus Al-Quran di Piah. Balik ke bilik terus mandi. Pakat siap awal2 sebab nak keluar ke PGA beli sarapan pagi. Pelbagai jenis kuih muih dan murah2. Masih boleh dapat 4 biji RM1. Huhu. Kembali ke maktab menunggu awal di kelas. Dapat panggilan Cik Azzah katanya kelas di Mini Teater.

Seperti biasa, banyak ilmu perlu dihadam sepanjang berada di kelas Cik Azzah. Otak memang berat. Kena banyak luang masa baca segala salinan keras pemberian Cik Azzah. Penting sebab nak buat kajian tindakan. Berada di tahun akhir bukanlah suatu perkara main2. Becoming serious. Meneruskan kelas En Ismail di perpustakaan yang ku kira sekadar lepak2 buat power point saja. Sibuk katanya. Siapkan kerja, minggu depan hantar katanya.

Petang seperti biasa masuk ke kelas En Mazlan. Seronok sebab ilmu kaunseling ni banyak yang boleh kita pelajari dan aplikasikan di sekolah kelak. Walaupun penyampaian beliau agak slow. Hehe. Mengantuklah kalau petang. Sempat menyaksikan rakan2 sekelas di pertandingan bola tampar. Sedih sebab tak dapat main. Tangan kanan yang terseliuh masih terasa sakitnya. Belum mampu bermain apa2 permainan melibatkan tangan. Bola tampar salah satu permainan kegemaranku. Huk3

Jom buat checklist kerja2 yang mesti dilunaskan:


  • Power point makanan tradisional melayu, kebudayaan kebangsaan (isu dan permasalahan serta bentuk budaya pada masa hadapan)
  • Soalan2 latihan individu dan berkumpulan Cik Azzah
  • Susun nota2 kuliah
  • Kerangka kajian tindakan
Ready pembentangan EDU Semoga kerja2 ini segera aku lunaskan. Sebelum tidur baca Al-Mulk dan muhasabah diri serta maafkan kesilapan dan kesalahan orang lain. Selamat malam.

Monday, January 19, 2015

Ceritera hari ini.

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Alhamdulillah perjalanan hidup lancar seperti hari-hari yang biasa. Usai solat subuh berjemaah terus bertadarrus Al Quran di Piah. Memahami serta menghayati sejenak kalamullah yang belum ada penghujungnya. Biasa, buat hamba seperti aku perlu selalu bermuhasabah diri agar tidak tenggelam ditelan arus godaan syaitan yang direjam.

Kebiasaannya aku selalu mengamalkan bacaan mathurat di awal pagi selepas solat subuh dengan harapan rezeki Allah kurniakan biarlah halal lagi baik serta bermanfaat untuk aku dan orang lain. Allah Maha Kaya, jadi jangan segan untuk meminta pada-Nya. Dia pasti mendengar keluh kesah kita.

Usai mandi terus keluar hendak sarapan mengisi perut yang tengah lapar ku kira. Tidak sangka dugaan Allah tiba seawal pagi. Tayar motor belakang pancit. Gigih ke stesen shell konon nak pam angin tayar. Rupanya, memang dah tiubnya rosak dan perlu diganti. MasyaAllah, niat nak sarapan tak kesampaian. Takut terlewat pulak mendengar taklimat e-posting di Dewan Seri Tanjung.

Mendengar taklimat bermula seawal 8am hingga 11am suatu perkara yang perit untuk diterima. Biasa, mengantuk. Tapi hari sedikit berbeza. Aku merasakan terlalu segar dan fokus mendengar taklimat tanpa sedikit pun rasa mengantuk. Inilah realiti bakal guru. Perlu ditemuduga dan mengisi pelbagai borang untuk posting. Bersabarlah.

Usai taklimat terus ke bengkel membaiki tayar yang pancit ditemani rakan sekelas. 11.30am terus ke kelas kebudayaan melayu. Seronok mendengar celoteh En Ismail yang gila2 penyampaian ilmunya. Hehe. Memang berada di kelas ni takkan rasa mengantuk melainkan gelak sakan sampai pecah perut. Petang pula kelas kajian tindakan oleh Cik Hjh Azzah. Rasa nak muntah hadam semua ilmu subjek ni. Aku akui memang susah tapi inilah yang perlu dihadapi. Cabaran tahun akhir tidak boleh dipandang enteng.

Pesanan untuk semua. Selepas solat subuh, jangan tidur. Amalkan membaca surah yaasin, mathurat, ayat2 suci Al-Quran, berzikir. Ikutlah kemampuan masing2. Ikhlaskan niat. InsyaAllah urusan kita sepanjang hari akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Tak percaya, cubalah.

Sekian dulu, Terima kasih.

Saturday, January 17, 2015


Alhamdulillah
Allahu Akbar
Subhanallah

Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam. Alhamdulillah, sudah terlalu lama bloG ini tidak diupdate. Terlalu banyak penceritaan yang sebenarnya ingin dikongsi. Suka duka, susah senang, gurau senda, gelak ketawa, tangis sedih. Semua pun ada. Biarlah kenangan tinggal kenangan. Kini kita bersiap untuk menghadapi hari esok.

Sudah seminggu rasanya menjalani kuliah di tahun akhir ini. Sibuk? itu sudah semestinya. Banyak kerja yang perlu dilunaskan. Dua minggu berkuliah kemudian keluar praktikum di Kuala Kangsar. Syukurlah, boleh jenguk ishraf dan atuk yang menjadi sebahagian daripada keluarga angkat. Daripada urusan jual beli motor, akhirnya menjadi sahabat seperti keluarga. Siapa sangka Allah pertemukan kami dengan niat asal hendak berjual beli motor sahaja.

Kepada botak itu aku!


Seperti biasa, aku sudah mula berjinak2 menjaga hati, percakapan, pandangan mata, pendengaran telinga, perbuatan tangan, langkahan kaki. Kehidupan lalu menjadi suatu yang perit untuk dkenangkan tetapi manis untuk dimuhasabah. Kalau tidak berlaku silap, mana mungkin aku sedar betapa aku sudah banyak kerugian masa dan tenaga hanya kerana memikirkan yang bukan-bukan. Aku dikatakan sudah jarang kelihatan di bilik dan sekitar kampus. Haha. Makhluk ghaib kah aku? Mungkin pergerakan terlalu pantas dan tidak berpeluang untuk bersosial.

Sempena tahun akhir di IPG Ipoh ini, bakal ku coretkan kenangan terindah untuk ku jadikan bekalan apabila sudah bekerja di kemudian hari. Aku memilih untuk membotakkan kepala bukan kerana rambut gugur sahaja tetapi aku nak jadi student low profile dan tak perlu dipandang orang serta dipuji hebat. Biarlah low profile di mata manusia tetapi high profile di mata Allah SWT. Aku selesa berjalan sendiri, makan sendiri, jogging sendiri tetapi solat dan menuntut ilmu biarlah berjemaah sebab boleh saling berkongsi ilmu. Namun, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Tetap berdiri megah tetapi sayang tidak boleh memberi manfaat pada orang lain. Bukan kita yang rugi?

Sekian dulu hari ini. Terima kasih.