Monday, January 19, 2015

Ceritera hari ini.

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Alhamdulillah perjalanan hidup lancar seperti hari-hari yang biasa. Usai solat subuh berjemaah terus bertadarrus Al Quran di Piah. Memahami serta menghayati sejenak kalamullah yang belum ada penghujungnya. Biasa, buat hamba seperti aku perlu selalu bermuhasabah diri agar tidak tenggelam ditelan arus godaan syaitan yang direjam.

Kebiasaannya aku selalu mengamalkan bacaan mathurat di awal pagi selepas solat subuh dengan harapan rezeki Allah kurniakan biarlah halal lagi baik serta bermanfaat untuk aku dan orang lain. Allah Maha Kaya, jadi jangan segan untuk meminta pada-Nya. Dia pasti mendengar keluh kesah kita.

Usai mandi terus keluar hendak sarapan mengisi perut yang tengah lapar ku kira. Tidak sangka dugaan Allah tiba seawal pagi. Tayar motor belakang pancit. Gigih ke stesen shell konon nak pam angin tayar. Rupanya, memang dah tiubnya rosak dan perlu diganti. MasyaAllah, niat nak sarapan tak kesampaian. Takut terlewat pulak mendengar taklimat e-posting di Dewan Seri Tanjung.

Mendengar taklimat bermula seawal 8am hingga 11am suatu perkara yang perit untuk diterima. Biasa, mengantuk. Tapi hari sedikit berbeza. Aku merasakan terlalu segar dan fokus mendengar taklimat tanpa sedikit pun rasa mengantuk. Inilah realiti bakal guru. Perlu ditemuduga dan mengisi pelbagai borang untuk posting. Bersabarlah.

Usai taklimat terus ke bengkel membaiki tayar yang pancit ditemani rakan sekelas. 11.30am terus ke kelas kebudayaan melayu. Seronok mendengar celoteh En Ismail yang gila2 penyampaian ilmunya. Hehe. Memang berada di kelas ni takkan rasa mengantuk melainkan gelak sakan sampai pecah perut. Petang pula kelas kajian tindakan oleh Cik Hjh Azzah. Rasa nak muntah hadam semua ilmu subjek ni. Aku akui memang susah tapi inilah yang perlu dihadapi. Cabaran tahun akhir tidak boleh dipandang enteng.

Pesanan untuk semua. Selepas solat subuh, jangan tidur. Amalkan membaca surah yaasin, mathurat, ayat2 suci Al-Quran, berzikir. Ikutlah kemampuan masing2. Ikhlaskan niat. InsyaAllah urusan kita sepanjang hari akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Tak percaya, cubalah.

Sekian dulu, Terima kasih.

No comments:

Post a Comment