Saturday, January 17, 2015


Alhamdulillah
Allahu Akbar
Subhanallah

Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam. Alhamdulillah, sudah terlalu lama bloG ini tidak diupdate. Terlalu banyak penceritaan yang sebenarnya ingin dikongsi. Suka duka, susah senang, gurau senda, gelak ketawa, tangis sedih. Semua pun ada. Biarlah kenangan tinggal kenangan. Kini kita bersiap untuk menghadapi hari esok.

Sudah seminggu rasanya menjalani kuliah di tahun akhir ini. Sibuk? itu sudah semestinya. Banyak kerja yang perlu dilunaskan. Dua minggu berkuliah kemudian keluar praktikum di Kuala Kangsar. Syukurlah, boleh jenguk ishraf dan atuk yang menjadi sebahagian daripada keluarga angkat. Daripada urusan jual beli motor, akhirnya menjadi sahabat seperti keluarga. Siapa sangka Allah pertemukan kami dengan niat asal hendak berjual beli motor sahaja.

Kepada botak itu aku!


Seperti biasa, aku sudah mula berjinak2 menjaga hati, percakapan, pandangan mata, pendengaran telinga, perbuatan tangan, langkahan kaki. Kehidupan lalu menjadi suatu yang perit untuk dkenangkan tetapi manis untuk dimuhasabah. Kalau tidak berlaku silap, mana mungkin aku sedar betapa aku sudah banyak kerugian masa dan tenaga hanya kerana memikirkan yang bukan-bukan. Aku dikatakan sudah jarang kelihatan di bilik dan sekitar kampus. Haha. Makhluk ghaib kah aku? Mungkin pergerakan terlalu pantas dan tidak berpeluang untuk bersosial.

Sempena tahun akhir di IPG Ipoh ini, bakal ku coretkan kenangan terindah untuk ku jadikan bekalan apabila sudah bekerja di kemudian hari. Aku memilih untuk membotakkan kepala bukan kerana rambut gugur sahaja tetapi aku nak jadi student low profile dan tak perlu dipandang orang serta dipuji hebat. Biarlah low profile di mata manusia tetapi high profile di mata Allah SWT. Aku selesa berjalan sendiri, makan sendiri, jogging sendiri tetapi solat dan menuntut ilmu biarlah berjemaah sebab boleh saling berkongsi ilmu. Namun, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Tetap berdiri megah tetapi sayang tidak boleh memberi manfaat pada orang lain. Bukan kita yang rugi?

Sekian dulu hari ini. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment