Alhamdulillah, terdetik juga hati nak update bloG. Aku rasa, kalau bloG ni umpama rumah, lama dah berhabuk. Tapi baca blog org lain rajin pulak. Aku bersyukur pada Allah Taala kerana masih mengizinkan aku hidup sehingga kini. Sedar tak sedar umur dah mencecah 21 tahun. Moga amalanku sepanjang meniti 21 tahun diterima olehNya. Amiin.
Kali ni aku nak share sikit2 gambar kenangan semasa berada di Program Bersamamu Kemboja. Misi utama ialah qurban kat sana bagi memberi makan pada org2 yg susah dan memerlukan. Inilah kali pertama aku menyertai program amal kebajikan. Syukur alhamdulillah. Sekaligus melawat negeri orang. Bolehlah dikatakan dah sampai oversea. Hee.
Program ni bermula pada 23/10/2012 sehingga 28/10/2012. Cuma ada beberapa cerita yang menarik aku nak cerita sebelum aku share gambar2 kenangan di sana. Sekadar sinopsis, nak cerita panjang tak larat nak taip. Tak tergambar dengan kata2. Mahal sangat.
Dugaan yang kami terima semasa hendak berlepas ke kemboja merupakan teladan dan pengajaran buat kami. Semua sekali berjumlah 35 org termasuk pensyarah, staf awam dan pelajar. Malangnya, 13 org terlepas flight sebab terlewat kerana hendak menunaikan solat subuh terlebih dahulu. Dan salah seorangnya ialah AKU. Haha. Masa tu kami agak panik+risau sebab dah dua kali merayu tapi masih tak dapat juga. Kesedihan pun melanda. Tapi, cerita kisah kami terlepas flight tak berhenti setakat itu, kami membuat keputusan untuk mengikuti jalan darat. Memang mencabar dan extreme, tapi seronok sebab dpt singgah Thailand.
StyLo Trip To Cambodia with Nikon:
Wajah2 terlepas flight
Tetap senyum. Hee
Keletihan dalam bas
Off to Butterworth
Terasa seperti artis photoshoot. Hee
Singgah solat
Singgah berbuka puasa di Thailand
We are one family
Keseronokan di Kg. Rokapopram
Mengelilingi bandar Pnom Penh
by Tuk Tuk
Antara masyarakat di Kemboja
Check in di Asia Hotel
Bandar Pnom Penh
Seketika di luar airport sebelum balik
Baju baru beli. Hee
Love All This Memories!
No comments:
Post a Comment