Friday, January 25, 2013

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT)

Alhamdulillah, mendapat jemputan ke Program Malam Bina Iman dan Taqwa di Tahfiz Tambun bersama saudara Nerudin pada malam hari rabu. Program dijalankan sehari sebelum menyambut kelahiran Rasulullah SAW. Antara pengisiannya ialah Qiamulail, perkongsian hadith, bacaan Al-Quran dan majlis ilmu. Diri ini rasa bertuah kerana dipilih oleh Allah Taala untuk menjentik hati yg dambakan ilmu agama.

Ada beberapa ilmu yg ingin kongsi. Tengah duduk baca majalah Gen-Q, ada satu artikel membuat aku tertarik, iaitu 10 PERKARA YANG MEROSAKKAN OTAK. Mungkin berguna sbgi panduan para pengunjung bloG.

Jom Lihat

1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi lemah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

2. TERLEBIH MAKAN
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak semakin baik. Makan berlebihan akan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dari usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai pada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.

3. MEROKOK
Asap rokok sangat berbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh sel-sel otak.

4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tecemar menyebabkan kerosakan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat berbahaya kepada otak.

6. TIDUR YANG BERLEBIHAN
Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.

7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.

8. KURANG BERIMAGINASI
Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

9. JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembab dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah SWT. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Sekadar copy&paste daripada majalah Gen-Q. Sebarang rasa was-was bolehlah bertanya kepada yang lebih pakar seperti doktor dan sebagainya. Renung2kan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment