Monday, July 23, 2012

Assalamualaikum ya Ramadhan

Ramadhan tiba lagi?
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Bertemu kembali kita di bulan Ramadhan.
Bulan yang penuh keberkatan.

Alhamdulillah, syukur lillahi taala kerana dipanjangkan umur sehingga masih diberi peluang menjalani ibadah puasa selama sebulan. Syukurlah kita ke hadrat ilahi kerana terpilih untuk menikmati keberkatan di bulan ramadhan ini.

Walaupun di perawalan ramadhan agak sebak sikit mengenangkan diri yang berada di perantauan. Melihatkan sahabat2 yang kembali ke rumah di awal ramadhan, hatiku cukup cemburu. Seronoknya depa dalam hati aku.

Namun, aku tetap harus kuat dalam menghadapi apa sahaja dugaan mahupun rintangan yang berada di hadapan. Bagi aku, pasti ramai lagi yang lebih susah daripada aku. Sebab itu aku kena banyak bersyukur dalam hidup ini.

Apa pun, aku nak mengucapkan;

Salam Ramadhan al-Mubarak
kepada semua umat Islam
dan
Selamat Berpuasa




(p/s: puasa puasa juga, tapi yang penting innama al a'malu binniat)


2 comments: