TERIMA KASIH
ALLAH
Usai solat subuh bertadarrus Al-Quran di Piah. Balik ke
bilik terus mandi. Pakat siap awal2 sebab nak keluar ke PGA beli sarapan pagi.
Pelbagai jenis kuih muih dan murah2. Masih boleh dapat 4 biji RM1. Huhu.
Kembali ke maktab menunggu awal di kelas. Dapat panggilan Cik Azzah katanya
kelas di Mini Teater.
Seperti biasa, banyak ilmu perlu dihadam sepanjang berada di
kelas Cik Azzah. Otak memang berat. Kena banyak luang masa baca segala salinan
keras pemberian Cik Azzah. Penting sebab nak buat kajian tindakan. Berada di
tahun akhir bukanlah suatu perkara main2. Becoming serious. Meneruskan kelas En
Ismail di perpustakaan yang ku kira sekadar lepak2 buat power point saja. Sibuk
katanya. Siapkan kerja, minggu depan hantar katanya.
Petang seperti biasa masuk ke kelas En Mazlan. Seronok sebab
ilmu kaunseling ni banyak yang boleh kita pelajari dan aplikasikan di sekolah
kelak. Walaupun penyampaian beliau agak slow. Hehe. Mengantuklah kalau petang.
Sempat menyaksikan rakan2 sekelas di pertandingan bola tampar. Sedih sebab tak
dapat main. Tangan kanan yang terseliuh masih terasa sakitnya. Belum mampu
bermain apa2 permainan melibatkan tangan. Bola tampar salah satu permainan
kegemaranku. Huk3
Jom buat checklist kerja2 yang mesti dilunaskan:
- Power point makanan tradisional melayu, kebudayaan kebangsaan (isu dan permasalahan serta bentuk budaya pada masa hadapan)
- Soalan2 latihan individu dan berkumpulan Cik Azzah
- Susun nota2 kuliah
- Kerangka kajian tindakan