Thursday, July 14, 2011

Suara mu Ibu. .

Tidak mudah untuk aku melupakan arwah mama. Hinggalah detik ini aku masih berada dalam kesayuan kerana terlalu merinduimu mama ku.

Teringin sgt nak mendengar suara mu walaupun hya dalam mimpi. Tapi Allah masih x mengizinkan lagi. Kapankah aku bisa mendengar suara mu? Rindu yang teramat sgt. Apatah lagi kalau nak sebut raya yang akan menjelang x lama lagi. X seindah raya sebelum ini.

Sedih aku ini belom pernah yang pernah ada yang bisa menghibur. Siapakah sebenarnya sahabat sejati aku? Aku sebenarnya belom lagi menemuinya. Aku masih berharap padaMu ya Allah. Pertemukanlah kami walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Aku x meminta sahabat itu kaya atau sebagainya. Aku hanya ingin dia memahami aku, tahu akan perihal ku. Mohon petunjukMu ya Allah.

Hati ini selalu shja x tenang. ada saja perkara yang bermain di minda. Mgkin kerana hati ini yang masih bergelumang dengan dosa2. Atau amalan ku masih belom cukup dan sempurna. Aku hanya insan kerdil yang dicipta daripada tanah. Begitu hina dan kerdil di mata Allah. Tapi aku ttp bersyukur dengan segala ni'mat yang Allah kurniakan.

Mama x pernah mengajar aku untuk menjadi seorang yang lalai dan leka dengan kehidupan dunia. Mama juga la yang selalu ingatkan aku betapa pentingnya menjaga solat dan amal ibadah. Setelah mama pergi, tiada siapa yang ingatkan aku sepertimana mama. Tapi aku berusaha untuk mengingati diri ku sendiri. Mungkin inilah dugaan yang Allah beri kepada ku. Yang pastinya aku xkan pernah kalah dan mengundur diri selagi aku x menutup mata buat selamanya. Aku harus kuat dan terus kuat untuk menempuhi liku-liku hidup biarkan terpaksa menghadapinya seorang diri. X perlu nak peduli sgt apa kata orang. Andai dia sahabat, pasti dia akan memberiku semangat. Kalau hanya tahu menjatuhkan aku, silakan keluar daripada senarai sahabat2 aku. Aku juga x memerlukan sahabat sepertimu!


No comments:

Post a Comment