Terasa lama plak x update blog ni. Hermmm, yela, sjk tugasan brtmbh, kesibukan pun brtmbh. Tp alhamdulillah sbb wlu ssibuk mna pun solat brjemaah x tggl. Syukur lillah. xtawla napa sjk akhir2 nie asyik kurg sihat je. rsanya pgurusan wktu tidoq x brapa ssuai kot. yela, tidoq yg x mnntu. MasyAllah, kna sgera wat anjakan paradigma ni. Kali ni akue nk kgsi sket ilmu tntg waktu2 yg mstajab utk kita brdoa . . .
- Ketika hujan.
- Ketika hendak memulakan solat dan selepas solat
- Ketika hendak menghadapi musuh dalam peperangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah ; pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan." (Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam al-Azkar)
- Waktu antara azan dan iqamat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud ; "Tidak ditolak doa yang dimohonkan di antara azan dan iqamat." (Riwayat al-Tirmizi)
- Ketika iktidal yang akhir dalam solat
- Ketika sujud dalam solat
- Ketika khatam al-Quran (30 juzuk)
- Sepanjang malam, terutamanya di sepertiga malam yang akhir dan pada waktu sahur.
- Sepanjang hari jumaat.
- Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yakni antara terbit fajar sehingga terbenam matahari pada hari jumaat.
- Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan maghrib.
No comments:
Post a Comment