Friday, January 27, 2012

Musafir Di Sik

21.01.2012

Bertolak dari maktab pada pukul 12pm tengah hari. Minta bantuan Munir nak pegi Medan Gopeng. Agak kelam kabut jugak sebab tiket pukul 1pm. Alhamdulillah sampai jugak kat medan gopeng akhirnya. Rasa berdebar di hati sebab rasa tak sabar nak jelajah Sik, Kedah. Dalam fikiran dah macam-macam benda yang difikir. Agak-agaknya camna la keadaan kat sana ye. Tapi apa pun keadaannya, aku xdak masalah. Baik suasana kampung ka, orang susah ka. Semua aku boleh terima sebab aku jugak bukan orang berada. Asal dari kampung jugak.
Setelah lama termenung jauh, aku dah sedia nak bertolak ke Kedah. Dalam tiket, bas jalan pukul 1pm. Tapi alih2 bas lambat sampai. Tgk2, pukul 1.30pm baru nak jalan. Ingatkan xdak dah bas. Hehe. Yg aku x sangka, ada jugak budak maktab yang balik sama dengan aku. Tuh yang terkejut tuh masa Ezzah panggil nama aku. Rupanya dia pun nak balik Sungai Petani. Syukur alhamdulillah, ada juga kwn nak balik SP. Kena pulak naik bas yang sama.

Lama jugak perjalanan menuju ke SP. Tidoq je sepanjang perjalanan. Hehe. Alih2, bas singgah sebentar kat Parit Buntar. Sempat jenguk kat kawasan Munir. Pastuh sambung perjalanan ke SP. Dah dekat pukul 5pm lebih, akhirnya masok jugak ke negeri Kedah yang terkenal dengan gelaran negeri Jelapang Padi. Masa tengok sawah padi terbentang luas, dalam hati memang dah tak terkata-kata. Ya Allah, indahnya bumi ciptaanMu. Sesuatu yang aku tak pernah bayangkan. Rugi sungguh kalau aku batalkan rancangan aku nak pegi Sik, Kedah.

Bila dah sampai kat Terminal SP, kena naik terus bas Mara Liner nak pegi Sik. Ingat nak pegi Sik dari Terminal SP dekat je. Rupanya dekat sejam jugak. Fuhh, puas jugak aku berdiri sebab ramai penumpang masa tuh. Tapi alhamdulillah, akhirnya dapat jugak duduk sebab ada penumpang turun kat tepi jalan. Sungguh aku tak sangka. Rupanya beberapa orang senior aku pun balik Sik jugak. Ya Allah, dalam hati ini rasa bersyukur sangat. Sentiasa ada teman walau ke mana pon. Xdak la rasa takot sangat. Tambah-tambah lagi mereka memang nak balik Sik pon. So, kami turun kat terminal yang sama.

Dekat pukul 7pm, aku pun sampailah kat Terminal Sik. Sampai-sampai ja, kawan aku tuh dah tunggu kat situ. Cop nama dia. Hehe. Em, pastuh kami naik motor terus balik kat rumah mak angkat dia. Seronok sangat sebab kawasan kampung yang sangat mendamaikan jiwa. Tak terlintas di minda pon adanya kawasan kampung camni. Fuhh, memang best giler. Dah sampai terus jumpa dengan keluarga mak angkat Cop. Baik orangnya. Pastuh, terus siap-siap mandi. Solat kemudian makan. Kemudian, macam biasa la, terus tidoq sebab letih sangat. Tapi takpa la sebab jauh perjalanan luas pemandangan, luas lagi pengalaman.

22.01.2012


Hari ni aku bangun lewat. Segan jugak sebab hari pertama kat rumah orang dah bangun lewat. Awal pagi lagi mak angkat Cop dah kena pegi Alor Setar sebab ada appointment kat hospital katanya. So, tinggal aku dengan Cop, kwn dia tuh dan adik kawan dia tuh. Kami bertiga je kat rumah.
Hari ni xdak yang special sangat sebab tak jalan pegi mana2 pon. Duduk kat rumah je. Tapi xdak la bosan sangat sebab ada masa sembang2 dengan Cop. So, dapat la mengenali dia dengan lebih rapat lagi. Cuma waktu petang tuh aku dan Cop pegi cabut ubi keledek kat kebun Tok. Tok ni kirannya nenek kepada Cop. Tapi kat sini panggil Tok. Susah juga nak paham loghat bahasa Tok. Paham sikit2 je la. Selebihnya aku Cuma mampu tersenyum sebab tak paham. Hehe.

Dah selesai cabut ubi keledek, Cop bawa jalan2 keliling kawasan kampung. Memang seronok sangat. Dapat tengok rumah orang-orang kampung. Lupa pulak, tangah hari sempat pegi kenduri kat rumah sebelah. Fuhh, sedap masakan mereka. Kenyang perut. Masa petang tuh sempat jugak jenguk kawasan penternakan udang. Sawah padi pon ada terbentang luas. Ya Allah, sungguh indah ciptaanMu. Aku rasanya antara insan yang sangat bertuah. Syukur sangat2.
Balik dari jalan2, terus balik rumah. Siap2 mandi kemudian solat. Terlupa pulak yang aku ni kan musafir. So, boleh la buat solat jamak. Untung sangat. Hehe. Ada sedikit gambar2 yang sempat aku ambik. Ni hah.

 Ni gambar Tok tengah korek ubi keledek


Tu diaa kawan aku, Cop.

23.01.2012 

Seperti biasa, bangun pagi. Hari ni bangun agak awal daripada biasa. Pastuh kena jemput sarapan pagi. Makan goreng pisang dan cucur ubi keledek. Kalau kat sini, cucur tuh mereka panggil Cik Mek Molek. Best juga nama cucur tuh.

Dekat tengah hari, aku, Cop, Along, Mak Cik dan adik Along yang bongsu bertolak menuju ke rumah Mak Lang. Tak sangka pulak hari ni nak jalan-jalan. Cuaca agak terik jugak. Fuhh, panas membara. Rasa hangus je kulit ni. Jauh jugak perjalanan nak pegi rumah Mak Lang. Siap lalu pusat bandar kat Sungai Petani. Kemudian, lalu kawasan Parit Panjang.

Setelah sampai kat rumah Mak Lang, kami dijamu hidangan makan tengah hari. Makanan ala kadar je tapi sedap hingga menjilat jari. Sedap sungguh masakan Mak Lang. Selepas selesai menjamu selera, rehat sebentar. Ingatkan nak tidoq, tapi rasa tak selesa pulak sebab kat rumah orang. Segan pun ada, malu pun ada. Dah puas berehat, kami meneruskan perjalanan nak jalan-jalan sekitar yang termampu je. Jauh jugak perjalanan. Kami singgah kat kawasan Tanjung Dawai. Dekat dengan Pantai Merdeka. Ramai sungguh manusia di sana. Sesak sangat. Sampai susah nak cari parking.

Ada beberapa gambar yang sempat diambik sepanjang berada di pantai tuh. Tapi xdak la banyak sangat. Sekadar gambar kenangan. Kemudian, kami pun balik la semula ke rumah. Jauh lagi perjalanan. Nak tak nak kena la redah je. Seronok sangat hari ni sebab banyak tempat aku lawati. Luas sungguh bumi ciptaan Tuhan ni. Bersyukur sangat. Sebelum balik sempat lagi singgah kat pasar raya. Beli makanan ringan sikit.

Ni gambar aku dan Cop 


Ni pulak gambar aku ngan abang Long Cop 


Tu diaa Cop ngan abang Longnya


Hari dah lewat dah. Terus je la balik rumah sebab tak larat dah nak singgah mana-mana tempat. Sewaktu nak sampai kat rumah, tiba-tiba ada pulak orang kampung tengah berkumpul kat tepi jalan. Mula-mula ingatkan ada kemalangan ke, pergaduhan ke. Tanya punya tanya, rupanya ada pasangan kena ‘tangkap basah’. Pulok dah. Tak tau la nak habaq lagu mana. Hehe. Tercakap dialek kedah pulak. Apa-apa pun, xdak la heboh sangat sebab ada jugak pihak polis kat sana. Kami pun terus la balik ke rumah dan rehat sepuas-puasnya sebab kepenatan seharian berjalan keliling Kedah.

24.01.2012

Pagi ni bangun lewat sikit sebab dah keletihan jalan jauh semalam. Rasa macam dah keliling satu Kedah. Hehe. Selepas bangun tiba-tiba datang mood rajin. Tuh yang pergi basuh baju tuh. Kemudian, sapu bahagian halaman rumah. Pagi ni xdak perancangan nak pegi mana-mana.
Lewat juga makan tengah hari sebab lewat sarapan pagi. Dekat pukul 11am baru nak sarapan pagi. Hehe. Dah siap mandi kemudian solat. Memang tak lepas solat jamak sebab aku kan musafir. Rugi la kalau tak manfaatkan ilmu yang lama dah dipelajari. Dekat pukul 2pm kami pun makan tengah hari.

Cop ajak sekali pergi hantar Along kat terminal Sungai Petani. Along dah habis cuti dah. Apa lagi, tak nak la lepaskan peluang yang ada. Walaupun dah 3 kali sampai kat terminal tuh. Dah sampai kat terminal, Along terus naik bas Plus Liner. Mungkin ada jugak sedikit kesedihan keluarganya terutamanya mak dia sebab Along kan anak sulung. Apa pon, kena la lepaskan juga sebab anak sulung ni pasti akan dapat membantu keluarganya untuk menjadi lebih senang pada masa hadapan. InsyaAllah.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Ingatkan nak balik rumah terus, rupanya singgah berehat sebentar kat Taman Burung. Ingatkan banyak la burungnya, rupanya hanya tempat untuk berekreasi. Lagi banyak orang dating kat taman tuh. Fuhh, sakit mata memandang. Apa pon, aku tak pandang sangat sebab niat aku hanyalah ingin mencari pengalaman sambil meluaskan pemandangan di bumi ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa ini.

Selepas itu, kami ke kawasan paya bakau yang di dalamnya dah terbina arkib yang menyimpan beberapa cerita sejarah tentang Kedah. Dengar khabar, ianya baru dibina. Patut la aku nampak macam bangunan baru sahaja. Pemandangan kat hujung paya bakau tuh yang membuat aku tenang dan damai. Seronok berada di situ.

Ada pulak haiwan ni kat Taman Burung. Hehe 


Sempat lagi ambik gambar

Semuanya agak keletihan. Jadi, kami pun balik la semula ke rumah. Lagi pula, dah tak tau nak pergi mana. Sebelum tuh, lupa nak cerita peristiwa yang berlaku hari ini. Sebelum pargi hantar Along kat terminal tadi, tiba-tiba ada seorang wanita yang agak berusia terjatuh daripada motor dekat simpang jalan. Nasib baik tak teruk sangat. Tapi mungkin wanita tuh mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Simpati sangat kat dia.


Sampai sahaja kat rumah, kami tak dapat nak masuk rumah sebab semua pintu berkunci. Masa tuh, ayah Along jalan tak tau pergi mana. Kami pun sembang-sembang la kat luar rumah. Banyak juga story yang kami cerita. Alih-alih, adik Along yang mereka panggil Angah tuh dapat buka pintu dari arah belakang. Syukur alhamdulillah. Masuk rumah terus mandi dan bersiap-siap nak makan malam. Tiba-tiba ada pulak adik mak Along datang melawat. Riuh juga rumah oleh adik-adik sepupu Along tuh. Tapi sekejap sahaja, mereka pun balik ke rumah. Dah sunyi balik. Masa untuk tidoq.

25.01.2012

Pagi ni bangun-bangun je dah kena jamu dengan cekodok. Kalau kat sini panggil cucur kodok. Memang seronok la sebab hari-hari sarapan pagi yang menyelerakan. Fuhh, tak lekang dengan makanan. Hehe. Hari ni rancang nak pegi mandi kat Lata Celak. Tak sabar rasanya.

Patut la sunyi je rumah ni. Rupanya adik Along yang tahun 4 tuh dah start sekolah. Kemudian tunggu adik Along tuh balik dari sekolah terus jalan pegi Lata Celak. Sepanjang perjalanan, dalam minda asyik fikir tentang tempat tuh je. Apa agaknya yang ada di sana. Sampai-sampai je dah dengar bunyi air terjun. Rasa tak sabar nak berendam kat dalam air terjun tuh.

Sebelum tuh, kami sempat menjamu selera sebab tengah hari tadi tak makan lagi. Lapar jugak perut masa tuh. Apa lagi, sekali makan memang kaw2 la. Maklumla, ada ayam panggang. Memang selera sangat. Sedap hingga tak terkata. Tu diaa. Selesai makan kami berehat sebentar. Selepas itu, apa lagi, terus terjun pegi mandi. Memang senang hati masa tuh. Masa tuh aku memang mandi puas-puas sebab dah lama tak berendam kat air sesejuk itu. Maklumla, air bukit kan.

Cop ngan ibu angkatnya tgh hidupkan api 


Potong jangan x potong. Hehe 


Ni la kawasan sekitar Lata Celak 


Err. . sejuknyaa


Eh2, tidoq la tuh. Haha 


Belom mandi lg pon. Haha

Dah puas mandi kami teruskan perjalanan. Singgah sebentar kat rumah Tok Along sebelah ayah dia. Tak sangka pulak dekat2 situ je. Kami pun dijamu dengan biskut dan teh serta kopi. Kemudian, Tok suruh pegi cabut ubi kayu buat dibawa pulang ke rumah. Apa lagi, siap menyangkul dengan cangkul. Memang keringat membasahi badan dan muka la masa tuh. Selesai semua, kami pun terus la balik ke rumah. Masing-masing dalam keletihan. Sepanjang perjalanan, Cop lalu kawasan yang agak sunyi dan menyeramkan. Rasa macam pengembaraan kat dalam hutan je sebab memang kawasan yang Cop lalu tuh agak sunyi dan jarang nak nampak rumah orang-orang kampung.


Tapi syukur la alhamdulillah akhirnya sampai jugak kat rumah. Apa pon, hari ni memang enjoy dan seronok. Banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang perjalanan. Ada peluang aku pasti datang lagi sebab rasa macam tak cukup je duduk seminggu. Lagi pula, masa cepat sangat berlalu. Rasa macam baru je datang. Padahal dah lama dah dari hari sabtu yang lalu. Apa pon, terima kasih buat keluarga angkat Cop yang sangat baik hati. Gembira dapat beramah mesra dengan keluarga yang camni. Masa untuk tidoq. Zzz.

26.01.2012

Tak terasa sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik inilah malam terakhir aku berada di bumi Sik. Esok petang nak balik semula ke Ipoh. Rasa sayu pulak hati ni. Ye la, banyak sungguh kenangan kat sini. Apa pon, pengalaman sepanjang berada di sini membuatkan aku lebih bersemangat menempuh alam perguruan. Semoga aku bisa menjadi seorang guru yang bertauliah.

Pagi ni bangun agak lewat jugak. Mungkin sebab semalam tidoq lewat sikit sebab tengah sibuk menyembang dengan Cop dan mak angkatnya. Bangun-bangun je macam biasa la. Pasti ada sarapan pagi yang menyelerakan. Kena jamu dengan goreng pisang. Tiba-tiba datang pulak Tok. Keadaan menjadi lebih seronok dengan lagak dan gaya pertuturan Tok yang agak kelakar dan menyenangkan hati. Seronok sungguh kami menyembang kat luar rumah.

Dekat tengah hari Cop ajak pergi kenduri kat kampung sebelah. Tak jauh jugak dari rumah ni. Apa lagi, memang tak lepas peluang la. Nak makan sepuasnya. Tambahan pula aku lebih suka tengok suasana kenduri ni. Dapat tengok lagak setiap manusia yang berada di sana. Sampai-sampai je terus makan. Maklumla, perut pun dah mula berkeroncong dah masa tuh. Hehe. Lebih seronok lagi bila makan sambil ada dendangan lagu daripada orang kampung. Pelbagai jenis lagu depa pandai nyanyi. Fuhh, memang seronok sangat.

Balik dari kenduri, masing-masing rasa mengantuk. Alih-alih, tetidoq pulak sampai ke petang. Dekat pukul 5pm lebih Cop ajak jalan pergi Gulau. Kawasan tempat asal dia. Tapi xdak la nak singgah rumah dia sebab dia ada konflik sikit dengan ahli keluarga dia. Apa-apa pon, aku sebagai sahabat tetap faham keadaan dia. Cuma ada masanya, aku bagi nasihat kat dia supaya jangan lupa jenguk orang tua dia tuh.

Singgah sebentar kat Ladang Anggur. Tak sangka ada ladang anggur kat sana. Ladang anggur terbesar di Asia Tenggara pulak tuh. Kami pun terus masuk kat dalam. Alih-alih kena bayar pulak. Tapi masa tuh Cop belanja tiket masuk. Aku pulak smpat juga beli anggur yang dijual. Mahal jugak. Ingat manis rupanya masam-masam manis. Hehe.

Ni la ladang anggurnya 


Rasa macam nak petik je 


Perggh! dh mcm model anggur aku tgk. Haha 


Geram nak petik? Tgk dulu gambar kat bwh ni 


Haha. Ada berani??? 


Gambar dr bawah plak ye 


Kawasan taman kat ladang tuh 


Rupanya ladang tuh dekat tasik. Mmg cantik!

Selesai meneroka Ladang Anggur kami meneruskan perjalanan menjelajah perkampungan Gulau. Gulau xdak apa-apa yang menarik. Ladang Anggur tuh je yang jadi tarikan. Sempat juga singgah di jeti yang berdekatan. Kemudian, kami pun balik la semula ke rumah. Sebab pukul 11pm Cop nak bawa pergi mandi kat kolam air panas Ulu Lengong. Fuhh, seram jugak sebab malam ni kan malam jumaat. Arrrggghhh! Apa pon, kami redah je la. Pengalaman tuh yang penting. Taktau la bila lagi ada masa nak pergi sini.


Sempat singgah kat rumah Tok. Nak bagitau yang esok aku nak balik dah. Teringat pulak nenek kat kampung. Apa la agaknya khabar nenek. Rindu sangat-sangat. Gelagat Tok memang buat aku tak kering gusi. Senang je hati ni kalau ada dengan Tok. Apatah lagi, aku ni memang mudah mesra dengan orang tua-tua ni. Apa pon, semua pengalaman ni aku takkan pernah lupa. Sebuah keluarga yang banyak mengajar aku erti kehidupan. Baik susah mahupun senang, keluarga sentiasa berada di hati. Itulah keluarga yang sejati. Pelbagai ragam dapat aku telusuri satu persatu. Semoga ukhuwah kami berkekalan sehingga ke akhirat kelak. Amiin ya Rabb.

27.01.2012

Inilah hari terakhir aku berada di Sik, Kedah. Tapi sebelum berangkat pulang, aku sempat tangkap gambar tau. Hua3. Ni hah, tengok kat bawah.

Sedihnya nak tinggalkan kome 


Kami umpama sekeluarga 


Aku ngan mak angkat Cop 


Comelnya Tok ni. Hehe

Sekian sahaja untuk perkongsian kali ini. Moga2 kepada yang baca ni terhibur. Yang paling penting, ukhuwah KITA berkekalan ke akhir hayat. Assalamualaikum.

Thursday, January 5, 2012

Jadual kuliah. .


"Semoga semester ini akan menjadikan aku insan insan yang lebih fokus pada pelajaran
di samping istiqomah dalam amal ibadah"

Sunday, November 6, 2011

Sendiri Bukan Bererti Sepi. .

Siapakah aku hari ini? Nmpknya aku masih lagi tercari-cari siapakah diri aku yg sebenarnya. Aku juga masih x faham apa yg aku cari sebenarnya di dalam bumi ciptaan Allah ini. Bingung yg teramat sangat. Namun persoalan yg sering terpacul dr mulut kwn2 ialah kenapa aku selalu kelihatan sendiri2. Adakah aku ini tidak ada kwn atau bersifat menyendiri. Semuanya akan aku jelaskan kembali dalam blog tercinta ini segala dialog bersama seorang kwn secara tidak langsung. Berharap agar segala jwpn ini sekaligus menjawab segala persoalan siapa2 shja tntg diri ini.

Ajim (Bukan nama sebenar): Daus, bleh aku tya ssuatu kat engko?
Aku: Silakan. Kalau aku bleh jwb aku jwb la ye.
Ajim: Aku tgk engko ngan kwn2 skelas engko x berapa nk sekepala sgt. Jrg aku tgk engko brsama kwn2 skelas engko. Knapa ek?
Aku: Aku dicipta bukan utk K2. Tapi aku hadir utk ssiapa shja yg aku bleh anggap sahabat.
Ajim: Ye la, bukan apa. aku tgk budak2 lain rancak ja ngan mmber kelas dorg. engko beza pulak. selalu aku tgk menyendiri. Jrg juga nk tgk ko jalan ngan kwn2. Apa tah lagi ngan kwn kelas engko.
Ajim: Ckupla ada Allah yg menemani aku sntiasa. Ssungguhnya Dia la yg lebih mmahami aku, sntiasa menyayangi, mencintai. percaya atau tidak bhwa smua manusia skrg ini di ambang kehancuran. Cukupla juga sekadar aku ada kluarga yg sntiasa mncintai aku dan menganggap aku adalah harapan mereka.
Ajim: Mantap juga jwpn ko ye. Habis tuh, engko x rasa syi ke? sepi ke?
Aku: Sapa kata aku x rasa sunyi. sapa kata aku x rasa sepi. Aku sntiasa brsedih hati bila aku sndiri2. Kdg2, rasa nak nangis pun ada. Yela, aku ni manusia biasa. Namun, apakah ertinya sahabat kalau slalu tiada disisi. Apakah ertinya sahabat kalau slalu menyakiti bukan menyenangkan. Hakikatnya, terlalu sukar utk mncari sahabat yg betul2 sahabat. bukan kerana aku terlalu mmilih tapi ianya sudah mnjadi hak aku dan tuntutan Allah ke atas diriku yg perlu mencari sahabat yg betul2 sahabat.
Ajim: Daus, mmg betul juga apa yg engko ckp tuh. kdg2, kwn sndiri boleh mgkhianati kita. Aku sndiri pun kdg2 terasa hati dgn tgkahlaku kwn2 aku sndiri.
Aku: Shinggala pd hri ini aku mnyedari akan pgorbanan aku yg terlalu besar ke atas diri aku sndiri. aku berkorban mninggalkan kisah khidupan gelap aku dahulu. dan aku pd hri ini hya menanam kesabaran dan ketabahan apabila Allah mengambil ibu aku kmbali ke pangkuanNya. Bukan mudah aku mghadapinya. Sgt la berat bagi aku. aku sbnrnya prlukan sokongan drpd kwn2 aku. aku sangat memerlukan. tapi aku x terluah sbb aku xdak kkuatan.
Ajim: maaf la daus kalau buat ko sdih2.
Aku: xpa2, ini kan perkongsian jalan hidup. mstilah ada kisah sdihnya.
Ajim: Iya, tp engko x kisah kan kalau aku tya2 cmnih.
Aku: X kisahla, sbb smua yg aku crita ni dtg dr hati aku sndiri. x salah aku kgsi prjalanan hidup aku. Ajim, smua manusia pd hri ini adalah umat akhir zaman bahkan aku juga. sdh byk kerosakan yg berlaku sama ada dr segi fizikal dan mental. kdg2, aku terasa seperti di ambang kematian. mnunggu saat dicabut nyawa sbb dah x sggup hidup dlm dunia yg pnuh dgn kehancuran ni. namun, kalau la sdh ajal aku, aku redho denganNya sbb siapa pun kita hari ini psti akan mati juga. cumanya, ckupkah bekalan kita utk brtemu dgn Dia di akhirat kelak. siapa saja bleh bergelak ketawa di atas muka bumi tapi masihkah tawa itu ada bila sudh di akhirat kelak. itulah yg perlu kita rnungkan sketika.
Ajim: Entahla daus. aku pun kdg2 rasa dh jauh dr landasan agama yg sebenarnya. byk sgt trpengaruh.
Aku: Ajim, skurg-kurgnya engko beringat la utk diri ko sndiri. jd la org yg sntiasa brsyukur. anak yg solih. Ingat akan kesusahan kdua org tua yg byk bersusah payah membesarkan engko. mgkn hri ini manusia berlumba-lumba utk mndapat nikmat Allah namun terlupa utk bersyukur. shinggala apabila Allah mmberi sdikit shja musibah, ada yg beringat ada juga yg ego.
Ajim: betul2. terasa pulak aku daus. aku pun kdg2 terlupa nk igt padaNya bhwa smuanya dtg drpd kurniaanNya.
Aku: kita semua sama ja. dah la ajim. aku ada hal sket. nnti ada msa kita sembang2 lagi.
Ajim: ok la daus, nnti sembang lagi. best dpt rapat ngan engko wlupun ssh nk dekat ngan engko. Hehe
Aku: Ada ja engko ni. K la, assalamualaikum.
Ajim: Wa'alaikumussalam wbt.

(Masih adakah sahabat yg betul2 sahabat?) Mohon petunjukMu ya Allah.

Saturday, October 29, 2011

Travel To Gua Tempurung and Air Terjun Lata Kinjang



Alhamdulillah, satu pengembaraan yg sgt indah bagi aku. Walaupun pd perawalannya smpat lagi sesat entah masok jalan mana. Hehe. Nama pon dh travel. Cnfirm la ada agenda sesat. Kononnya la. Apa pon, aku nak kata mmg sgt best! Tambah2 lagi ngan kwn2 yg sporting gilak. Meskipun hya aku yg muslim antara mreka, mreka masih mghormati aku sbgi seorang muslim. Thanks to all of u.

Semoga prshabatan ini akan brkekalan slamanya. Smga kita semua sntiasa dirahmati dan diberkati olehNya. Apa pun yg kita lalui slps ini, jgn ada prasangka buruk antara kita bersama. Biarkan kita tetap dalam ikatan persahabatan yg saling mempercayai antara satu sama lain. Biarkan kita tetap berada dalam simpulan tali yg kukuh yg tidak akan sekali terputus skali pun diterjah ombak yg deras, dihempas angin yang kencang. Kita tetap bersama.

Siapa pun kita pada hari ini, tidak akan menjanjikan apa2 untuk kita pda masa hadapan. Mgkn sja kita akan jadi pendidik muda selepas ini. Tapi tidak mustahil untuk kita menjadi seorang karyawan, hartawan atau apa saja pada msa hadapan. Tapi ingat! Kita tetap hambaNya. Dulu kini dan selamanya.

Sunday, October 23, 2011

Apa yang ada pada BOLA SEPAK?

Alhamdulillah, diberi kekuatan olehNya utk update BLOg ni. Dah lama rasanya x update. Berbulan2 jugak. Nak kata sibuk mungkin jugak atau sebenarnya diri sendiri yang sibuk dengan istilah 'SIBUK'.

Kali ni nak berbicara mengenai BOLA SEPAK. Apa sebenarnya ada pada BOLA SEPAK? Suatu kesihatan atau ketagihan? Mari kita selami bersama. Mungkin ianya suatu kesihatan kalau ianya dimainkan dengan niat yang betol. Mungkin ia juga suatu ketagihan kalau mata asyik nak menonton BOLA SEPAK 24 jam.

Sebenarnya YAHUDI juga bijak dalam merancang kehidupan manusia. Sehingga pada hari ini, hanya dengan BOLA SEPAK berlakunya pertelingkahan sesama sendiri. Hanya dengan BOLA SEPAK, semangat ASSABIAH wujud dalam diri. Kerana apa? kerana masing2 dah fanatik dengan group bola yang ada. Hanya dengan BOLA SEPAK, jerit sana sini yang sebenarnya x mendatangkan apa2.

Apa lagi yang hendak kita bicarakan kalau hidup dah sebati dengan BOLA SEPAK. Semuanya jadi berubah. Lupa untuk memikirkan hidup di akhirat. Lupa untuk membicarakan masalah2 umat. Lupa untuk menonton program berteraskan ilmiah. Lupa untuk memperbaiki diri sendiri. Kerana apa? Kerana BOLA SEPAK mempengaruhi rohani seseorang manusia.

Hebat x hebat orang YAHUDI. Paling dahsyat, KITA lupa untuk memikirkan bagaimana kehidupan saudara2 nun jauh di sana yang asyik diperangi oleh keganasan musuh2 ISLAM. Hakikatnya, KITA sudah diambang kelemahan. Sedar x sedar, gelak ketawa serta senda gurau kita seolah-olah kita x pernah mengenangkan bagaimana kesusahan saudara seagama.

Apa lagi yang hendak kita kata, kalau hati dah diikat dengan sesuatu yang membawa diri jauh daripada landasan yang sebenar. Hanya tinggal kita berdoa kiranya kalau ditimpa musibah. Semasa dalam keselesaan dan kesenangan, kenapa x berdoa tanda kesyukuran? Kenapa dan kenapa? Kerana hanya dengan BOLA SEPAK, hidup jadi berubah. Semua kebenaran yang sepatutnya kita ketahui dah digelapkan. Itu baru dalam dunia SUKAN. Dahsyat x dahsyat. Belom sentuh lagi dunia HIBURAN dan sebagainya.

Setakat ini sahajalah yang mampu aku kongsikan hari ini. Siapa pun yang baca, kalau dah sedar, syukurlah alhamdulillah. Kalau masih x sedar, hidayah ALLAH mungkin belom anda perolehi.

Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam. Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK. . .
"Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua"