Friday, May 27, 2011

Cuti semester 3 minggu

Esok dah nak balik sabah . . . Herm, adakalanya akue slalu tipu diri sndiri. Kata x sabar nak balik sabah. Sebenarnya, just nk cover prasaan sdih je.

Suasana rumah yg sunyi sejak pemergian ibunda. Innallaha ma'assobirin. Amiin.

Pastinya rindu ngan roomate yg nakal. Buekksss. Xpa2, jmpa lagi sem depan. InsyaALLAH . . .

Selamat bercuti !

Monday, May 23, 2011

Dadaku terasa sakit semacam . . .

Rasa sukar nak bernafas . . .

Ya Allah, peliharalah aku seperti mana Engkau mmelihara org2 beriman di sisi mu. Amiin.

Sunday, May 22, 2011

Sering dihimpit perasaan cemburu.

Mudah-mudahan terhindar daripada prasangka buruk. Amiin.

Saturday, May 21, 2011

Menghargai kehidupan

Alhamdulillah, syukur lillah Allah masih mmberi kesempatan utk hidup di atas muka bumi ini.

Nmpknya sudah lama juga aku menyepi dr blok F. Lama juga duduk kat blok G. Kcian kat taqin, roomate ku. Sorry taqin. Walaupun sbnrnya aku rindu. Hurmm. Tp aku lbih brsabar mghadapinya.

Sudah tiba msanya utk aku mgorak langkah, mmbuka mnda yg telah lama ku biarkan trpendam, biar aku kmbalikan zmn kgemilangan sbgi slh seorg pelajar trbaik.

Tiba masanya utk aku serius dlm hal yg spatutnya. Bagi aku, mng atau kalah, bangun atau jatuh, hidup atau mati, smuanya dah ditentukan oleh Allah SWT. Aku hya mmpu brusaha di samping doa dan tawakkal. Percaya Allah sntiasa brsama ku. Aku x brsendirian. TERIMA KASIH ALLAH!

Wednesday, May 18, 2011

Aku dan hidupku

Adakalanya, aku terfikir untuk menghentikan kehidupanku sendiri. Tapi itu semua urusan Tuhan Yang Maha Kuasa.

Adakalanya, aku terasa seperti kehidupanku sudah berada di penghujung jalan.

Adakalanya, aku kembali terasa sunyi. Sunyi dari sahabat-sahabat, sunyi dari keluarga  dan sunyi dari orang sekeliling.

Adakalanya, aku tertanya-tanya, andai suatu hari nanti aku benar-benar tersungkur lagi, bangunkah aku dari kejatuhan?

Adakalanya, aku terasa seperti hendak menangis sepuasnya supaya terluah segala beban di jiwa. Biar tenang hati yang gusar, biar redup resah dan gelisah, biar reda gelora di jiwa.

Namun . . . ada masanya, aku penuh yakin bertanya kepada diri sendiri. Siapa sebenarnya aku? Diri sendiri tak memahami kehidupan hakiki.

Tapi sebenarnya, semua itu bermula dengan satu khayalan dan satu pemikiran yang akhirnya menjatuhkan aku pada saat aku ingin berjuang meneruskan hidup. Siapakah dalam dunia ini yang tak pernah gagal? Tak pernak kalah? Tak pernah jatuh? Semuanya pasti merasainya. Begitulah juga dengan aku. Tapi bergantung kepada diri sendiri bagaimana cara kita melihat dan memandang kejatuhan itu.

Jika kita memandang kejatuhan itu sebagai kekalahan, maka mengaku kalahlah kita.

Jika kita memandang kejatuhan itu sebagai suatu penyeri kehidupan, maka berusahalah kita menyerikan kehidupan. Bangun dari kejatuhan tanpa mengharap orang sekeliling menghulur tangan.

Semuanya bermula dengan satu pemikiran diri. Bijak berfikir, kejayaan pasti menanti di hadapan. InsyAllah.

Gagal berfikir, selamanya akan jatuh, jatuh dan terus jatuh. Sampailah diri sendiri tak mungkin bangun lagi. Nauzubillah. Noktah!

Tuesday, May 17, 2011

Bangun dari tidur yang lena . . .

Alhamdulilah, brsyukur akue ke hadrat Allah SWT krna msih diberi kesempatan utk hidup di atas bumiNya. Andai kata nyawa ku dicabut saat ini, xtaw la ckup atau x amal ibadahku buat bkalan di akhirat kelak. Subhanallah, maha suci Allah. Moga terus dipanjangkan umur spya dpt mmprbykkan amal ibadah. InsyAllah

Adakalanya akue trpikir utk terus diam dan putus asa. Tp sykur krna Allah tlah mmbuka pntu htiku utk bangkit semula dr tidur yg lena. Akue mula belajar erti khidupan yg sebenar. Walaupun ada masanya hti ini terguris dan trluka, namun, akue mnjadi smakin smgt utk mnmpuhinya. Krna akue pkir, akue bakal seorang pndidik. Bermula saat inilah akue kna mndidik diri sndiri.

Bahagia bila dpt bantu sahabat2 yg brada dlm masalah. Walaupun sbnrnya diri sndiri 'sakit'. Tp akue x pduli akan smua itu. biarlah akue ssh, janji sahabat akue sng dan bahagia. Rasa syukur dan nak nangis bila brdamping dgn sahabat2 yg mmbawa kbaikan dan kgembiraan di hati. Skurang-kurangnya terubat sket luka2 di hati ini.

Tapi andai suatu hri nanti akue trpaksa mnempuhi dugaan sendirian, akue lbih bersedia. Bukan smua sahabat akan sntiasa ada brsama kita. Sahabat yg sntiasa ada tue la yg sukar nk dicari. tpi bila dh jmpa suatu hri nanti, akan ku jaga melebihi diri sendiri. Tapi bilakah? Wallahualam. Akue kini mnjdi insan yg lbih tabah dan sabar mnghadapi apa jua pun ujian ada ada di hadapan.

Akue berserah kepada Allah SWT. akue hya mmpu mrancang khidupan ku dgn sebaik yg mgkin tp Allah jua lah yg mnntukan segalanya. Terima kasih x terhingga buat Allah SWT kerana mmberi akue 1 khidupan yg org lain mgkn x dapat. Ya Allah, kekal la akue mnjadi kekasihMu. Moga Engkau lebih dekat dgn diriku. Amiin.

Sunday, May 15, 2011

Jadual Peperiksaan . . .

19 Mei 2011 (8.30am-9.45am) - BM1

24 Mei 2011 (8.30am-9.45am) - PSV

25 Mei 2011 (8.30am-9.45am) - PJK

26 Mei 2011 (8.30am-9.45am) - BM2

(Semuanya exam di atas bertempat di blok cempaka (Aras 2 dan 3) . . .


"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN"

Semoga mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. Semoga dipermudahkan segala urusan olehNya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. InsyAllah. Amiin.