Friday, August 17, 2012

Ucapan Lebaran

Salam untuk semua bloGGersssss
Harap sihat semuanya

Alhamdulillah, saya bakal menghabiskan misi Ramadhan di perantauan. Semoga ramadhan tahun ini membawa sejuta keberkatan dalam hidup kita.

Pada kesempatan ini, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Saya ingin memohon seinfiniti kemaafaan seandainya diri ini pernah atau telah menyinggung dan menyakiti perasaan anda semua. Jujur itu semua bukan atas niat hati saya.

Saya mendoakan semoga kita semua berbahagia di bulan Syawal ini. Berbahagialah di samping keluarga tercinta terutamanya ayah dan bonda. Tanpa mengira miskin kaya, tua muda, kita semua menyambut Aidilfitri dengan penuh kedamaian dan kebahagiaan.

Akhir sekali, terimalah kad ini khas buat anda semua. Kalau tak cantik, seribu kemaafan saya pinta.
Saya sudahi dengan lafaz syukran jazilan.


Thursday, July 26, 2012

Tembakan Sasaran Nikon S8200

Photoshoot?
Minat tangkap gambar
Kurang minat bergambar

Alhamdulillah, masih diizinkan oleh Allah Taala berpuasa di bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Syukur juga sebab di bulan ini jugalah rezeki datang melimpah. Elaun baru sahaja masuk. Walaubagaimanapun, aku dah siap2 buat checlist supaya tak membazir dengan duit yang ada. Sekadar bersederhana.

Target for this semester:
Jam tangan???
Kamera???
Kasut sukan???

Jam tangan dan kamera alhamdulillah dah pun dibeli sebelum masuknya elaun, guna sikit duit simpanan. Just kasut sukan masih dalam proses. Hehe. Bakal dibeli lah. Kali ni aku nak kongsi beberapa koleksi gambaq by NIKON S8200 yang aku suka tengok:


Botol dan wanita


Tidak berpuasa? Haha
Gambaq ditgkap sebelum ramadhan


Bola Tennis
Gambaq ni comel bg aku


KU for this semester
Abe Fattah


Ex KU last semester
Azam Sulai


Effect of Macro
Fokus hadapan sahaja



Lompatan tinggi
Sharp with Nikon


Senyuman jauh
Kwn seGERKO


Budak Library
Nak khatam semua buku. Hehe


Toilet Shoot
Ini gambaq aku paling suka. hee


(p/s: berjimat cermat utk kesenangan pada masa hadapan)




Monday, July 23, 2012

Assalamualaikum ya Ramadhan

Ramadhan tiba lagi?
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Bertemu kembali kita di bulan Ramadhan.
Bulan yang penuh keberkatan.

Alhamdulillah, syukur lillahi taala kerana dipanjangkan umur sehingga masih diberi peluang menjalani ibadah puasa selama sebulan. Syukurlah kita ke hadrat ilahi kerana terpilih untuk menikmati keberkatan di bulan ramadhan ini.

Walaupun di perawalan ramadhan agak sebak sikit mengenangkan diri yang berada di perantauan. Melihatkan sahabat2 yang kembali ke rumah di awal ramadhan, hatiku cukup cemburu. Seronoknya depa dalam hati aku.

Namun, aku tetap harus kuat dalam menghadapi apa sahaja dugaan mahupun rintangan yang berada di hadapan. Bagi aku, pasti ramai lagi yang lebih susah daripada aku. Sebab itu aku kena banyak bersyukur dalam hidup ini.

Apa pun, aku nak mengucapkan;

Salam Ramadhan al-Mubarak
kepada semua umat Islam
dan
Selamat Berpuasa




(p/s: puasa puasa juga, tapi yang penting innama al a'malu binniat)


Thursday, July 12, 2012

Dunia Senam Seni

Riadah?
Rekreasi?
Inginkan kesihatan?
Jom bersenam seni bersama Pasukan Senam Seni IPIP

Memang benarlah darah kesenian itu cukup kuat mengalir dalam diri ini. Namun, aku kena waspada daripada menceburi bidang tarian lagi sbb aku dah lama tinggalkan semua itu.

Hanya Allah mengetahui betapa peritnya hati meninggalkan sesuatu bakat yang ada dalam diri. Dulu cukup profesional dalam bidang tarian. Memang minat pon. Apa pon, aku biarkan diri terus dalam pengorbanan untuk kebaikan diri juga.

Kali ni aku na kongsikan sikit bidang baru yang aku ceburi. Kini tertubuhlah Pasukan Senam Seni IPIP yang majortitinya dipelopori oleh kwn kls juga. Dan aku sebagai ketuanya. Wah! Kiranya aku selalu berharap boleh pergi jauh. Aku dh mula berangan-angan mat jenin. Hehe.

Members of Senam Seni IPIP:

Ini dia Pasukan Senam Seni IPIP.
Ini yang tetap lah.
Entah aku tgk apa tuh. Hehe


3 org ni classmate aku juga.
Agak keletihan, tp msh boleh senyum


Ini masa 1st time conduct senam seni.
Penat jerit2 je. Peluh pon mencurah-curah


Apa pun, semoga pasukan ni boleh pergi jauh lagi. Walaupun letih, kepuasan dalam diri memang berbaloi. Ini baru permulaan. Ranjau perjalanan yang masih jauh. Good Luck!


Thursday, July 5, 2012

Jalan-jalan di masa cuti

Bosan?
Sunyi?
Sepi?
Tak berteman?

Alhamdulillah, syukur kpd Allah Taala. Masih diberi kesempatan utk meneruskan kehidupan di bumi yang fana ini. Selawat dan junjungan besar buat Rasulullah SAW. Di tengah kesibukan kota aku masih mampu meneruskan hidup dgn penuh tabah dan sabar. Nekad utk terus sabar menghadapi dugaan yg bakal mendatang.

Kali ini agak sibuk sikit sbb jadual kuliah padat. Then, byk program nak kena urus. Allahu Rabbi, moga dikuatkan iman yang lemah ini. Karnival kini mula melabuhkan tirainya. Aku diberi amanah utk mengurus pertandingan memancing, masakan rimba, pertandingan karaoke ibadah dan konsert. Dgr kata nak jemput kumpulan nasyid Far East dan Iwan (Penyanyi dangdut). Wallahualam. Budget disasarkan agak besar.

Apa pun, kali ni aku nak kongsi koleksi gambaq sepanjang aku menginap di rumah sahabat semaktab (kos sama tapi lain2 kelas). Dah lama nak update gambaq2 ni tapi xdak kesempatan. Niat nak mengaji kat Mahaad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat. Tp xdak rezeki sbb byk tenaga pengajarnya kursus. InsyaAllah bakal dilanjutkan cuti hujung tahun. Seminggu jugak aku duduk rmh kawan. Dah mcm keluarga dah. Moga ikatan terus kukuh.


Snap di sana sini:


Haa, mmg penat naik bukit ni. Semput!
Tempat perkuburan org cina


Dah sampai kat kawasan atas.
Pondok tuh tmpt rehat2


Hehe. Sempat saje nk posing.
Nak cium pokok ke ape


Inilah pemandangan dr atas.
So beautiful!


Inilah dia sahabat aku, Neruddin. Senyum sokmo!



Suka tgk background tuh.
Orgnya pun ok ape. Hehe


Tuh lah dia tokong cina kat belakang tuh.
Apa pun, moga ikatan ngan abg din kekal erat.


Anyway, seronok berada di Tuaran.
Dah mcm keluarga betul pulak dah.
Cuma aku kurg bersosial sbb x brpa biasa lg.
Apa pun, aku mendoakan semoga keluarga abg din terus dirahmati
dan diberkati oleh Allah SWT.
Terima kasih sbb jaga aku dgn baik selama seminggu.


Monday, June 25, 2012

Aku pemimpin. .

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, tergerak juga hati ni nak update bloG usang ni. Cuma sekarang ni agak busy memanjang sebab jadual kuliah agak padat. Kalau ada rehat pun, sejam hingga dua jam ja. Pastuh kuliah pulak sampai ke malam. Tp alhamdulillah, setelah selesai disusun atur semula, kuliah sampai ke petang ja. Syukur lah. Kalau x, lemas la aku dalam kesibukan.

Banyak juga dugaan terpaksa aku hadapi kini sbb di samping mengurus Festival Ukhwah yg bakal berlangsung jumaat dan sabtu ni, aku kena memikirkan kondisi ayah yang sakit. Agak terganggu dan kurang konsentrasi sbb risau memikirkan kondisi ayah yg kurang menyenangkan. Aku kena banyak bersabar la kali ni.

Aku nak kongsi sikit gambaq yang aku suka tgk:


Aku sorg ja berkopiah hitam. Mcm ketua pulak. Hehe


Moga istiqomah!

Kini, aku menuju ke Festival Ukhwah anjuran lujnah aku, iaitu Lujnah Kesenian dan Rekreasi dan Lujnah Makanan.
Kesibukan yang teramat sangat. Habis ja kuliah 4.30pm, rehat sejam dan sambung latihan Senam Seni.
Otot2 habis koyak sbb terlalu bekerja keras.
Tapi xpalah, aku diam dan banyak bersabar. Inilah yang membezakan aku dengan orang lain.



Moga dipermudah segala urusan oleh Allah Taala.
Semoga program berjalan dengan lancar.
Amin!

Monday, May 7, 2012

Malam DINNER bersama. .

Fesyen?
Gaya?
Penampilan?
atau apa sahaja?
Inilah yang menjadi persoalan di malam DINNER. Hehe

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi yang telah mempermudahkan segala urusan dan perancangan kami. 04hb Mei 2012, tarikhnya bermulanya sesi fotografi seolah-olah menjadi artis. Raja sehari la katakan. Walau bagaimanapun, aku hanya mengambil konsep sederhana dalam penampilan agar tak kelihatan keterlaluan dalam mengenakan pakaian.

Tambahan pula, majlis ini hanyalah makan malam bersama rakan sekelas dan mentor. Bukanlah bersama orang-orang kenamaan. So, pakailah apa pun, janji menepati tema, iaitu GLAMOUROUS. Ada2 saja rakan2 sekelas ni. Tapi xpala, merekalah yang banyak menghiburkan hati ini. Merekalah yang banyak membantu dikala diri ini terasa banyak masalah. Cuma kurangnya pendekatan agama. InsyaAllah, suatu hari nanti wahai teman-temanku. Huhu

Cakap banyak pun tak best juga kalau tak tunjuk koleksi gambar-gambar semasa sedang berDINNER. Mai la sama-sama kita saksikan. Sekadar perkongsian sahaja. Buat kenangan  sepanjang hidup.

KOLEKSI GAMBAR:

Ini hah antara artis malam tuh. Sedondon pulak tuh, baju biru


Ini KU dan PKU. Jadi pyambut tetamu pulak. Ngee
Jasamu dikenang


Inilah mentor kami, En Abdulah Kasim. Sporting sgt! Huhu
Thanks papa for everything


Wah, aku ngan aziram jd pgacara mjlis pulak. Riuh sekampung gitu


Ni dia penyajak kelas aku. Siap dgn kaca mata hitam lagi. Wakaka
Kalau dgr, pecah memecah la perut. Hua3


Ni dia jejaka2 K2. Semua ada bakat model except me ya. Haha
Kumbang2 teruna. Pilih saja


Mentor juga la yg paling sempoi. Anak2 didik?
Semua dah serupa artis


Malam yg menyeronokkan. Hilang sikit stress dlm kepala ni sbb asyik dibebani dgn kerja2 sampingan. Apa pon, dlm kita brsenda gurau, jangan lupa bahawa di luar sana masih ada yang berduka. Inilah pengalaman bersama rakan2 sekelas. Pasti akan tercari-cari tatkala masing2 dah dipostingkan utk mengajar anak bangsa. Rindu itu sudah pasti ada.

Aku mendoakan semoga ukhuwah dan ikatan persahabatan kami jangan pernah putus. Biarkan menjadi simpulan tali yang erat dan kukuh. Masih jauh lagi perjalanan menimba ilmu di negeri orang. Dalam menempuh perjalanan itu, aku mohon Allah peliharalah hati2 kami dan satukanlah hati2 kami di bawah naungan rahmat dan kasih sayangMu.

LOVE FOREVER FOR CLASSMATES!