Tuesday, January 20, 2015

Kerja Berlambak

TERIMA KASIH
ALLAH

Usai solat subuh bertadarrus Al-Quran di Piah. Balik ke bilik terus mandi. Pakat siap awal2 sebab nak keluar ke PGA beli sarapan pagi. Pelbagai jenis kuih muih dan murah2. Masih boleh dapat 4 biji RM1. Huhu. Kembali ke maktab menunggu awal di kelas. Dapat panggilan Cik Azzah katanya kelas di Mini Teater.

Seperti biasa, banyak ilmu perlu dihadam sepanjang berada di kelas Cik Azzah. Otak memang berat. Kena banyak luang masa baca segala salinan keras pemberian Cik Azzah. Penting sebab nak buat kajian tindakan. Berada di tahun akhir bukanlah suatu perkara main2. Becoming serious. Meneruskan kelas En Ismail di perpustakaan yang ku kira sekadar lepak2 buat power point saja. Sibuk katanya. Siapkan kerja, minggu depan hantar katanya.

Petang seperti biasa masuk ke kelas En Mazlan. Seronok sebab ilmu kaunseling ni banyak yang boleh kita pelajari dan aplikasikan di sekolah kelak. Walaupun penyampaian beliau agak slow. Hehe. Mengantuklah kalau petang. Sempat menyaksikan rakan2 sekelas di pertandingan bola tampar. Sedih sebab tak dapat main. Tangan kanan yang terseliuh masih terasa sakitnya. Belum mampu bermain apa2 permainan melibatkan tangan. Bola tampar salah satu permainan kegemaranku. Huk3

Jom buat checklist kerja2 yang mesti dilunaskan:


  • Power point makanan tradisional melayu, kebudayaan kebangsaan (isu dan permasalahan serta bentuk budaya pada masa hadapan)
  • Soalan2 latihan individu dan berkumpulan Cik Azzah
  • Susun nota2 kuliah
  • Kerangka kajian tindakan
Ready pembentangan EDU Semoga kerja2 ini segera aku lunaskan. Sebelum tidur baca Al-Mulk dan muhasabah diri serta maafkan kesilapan dan kesalahan orang lain. Selamat malam.

Monday, January 19, 2015

Ceritera hari ini.

Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyayang

Alhamdulillah perjalanan hidup lancar seperti hari-hari yang biasa. Usai solat subuh berjemaah terus bertadarrus Al Quran di Piah. Memahami serta menghayati sejenak kalamullah yang belum ada penghujungnya. Biasa, buat hamba seperti aku perlu selalu bermuhasabah diri agar tidak tenggelam ditelan arus godaan syaitan yang direjam.

Kebiasaannya aku selalu mengamalkan bacaan mathurat di awal pagi selepas solat subuh dengan harapan rezeki Allah kurniakan biarlah halal lagi baik serta bermanfaat untuk aku dan orang lain. Allah Maha Kaya, jadi jangan segan untuk meminta pada-Nya. Dia pasti mendengar keluh kesah kita.

Usai mandi terus keluar hendak sarapan mengisi perut yang tengah lapar ku kira. Tidak sangka dugaan Allah tiba seawal pagi. Tayar motor belakang pancit. Gigih ke stesen shell konon nak pam angin tayar. Rupanya, memang dah tiubnya rosak dan perlu diganti. MasyaAllah, niat nak sarapan tak kesampaian. Takut terlewat pulak mendengar taklimat e-posting di Dewan Seri Tanjung.

Mendengar taklimat bermula seawal 8am hingga 11am suatu perkara yang perit untuk diterima. Biasa, mengantuk. Tapi hari sedikit berbeza. Aku merasakan terlalu segar dan fokus mendengar taklimat tanpa sedikit pun rasa mengantuk. Inilah realiti bakal guru. Perlu ditemuduga dan mengisi pelbagai borang untuk posting. Bersabarlah.

Usai taklimat terus ke bengkel membaiki tayar yang pancit ditemani rakan sekelas. 11.30am terus ke kelas kebudayaan melayu. Seronok mendengar celoteh En Ismail yang gila2 penyampaian ilmunya. Hehe. Memang berada di kelas ni takkan rasa mengantuk melainkan gelak sakan sampai pecah perut. Petang pula kelas kajian tindakan oleh Cik Hjh Azzah. Rasa nak muntah hadam semua ilmu subjek ni. Aku akui memang susah tapi inilah yang perlu dihadapi. Cabaran tahun akhir tidak boleh dipandang enteng.

Pesanan untuk semua. Selepas solat subuh, jangan tidur. Amalkan membaca surah yaasin, mathurat, ayat2 suci Al-Quran, berzikir. Ikutlah kemampuan masing2. Ikhlaskan niat. InsyaAllah urusan kita sepanjang hari akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Tak percaya, cubalah.

Sekian dulu, Terima kasih.

Saturday, January 17, 2015


Alhamdulillah
Allahu Akbar
Subhanallah

Aku berlindung dengan nama Allah daripada syaitan yang direjam. Alhamdulillah, sudah terlalu lama bloG ini tidak diupdate. Terlalu banyak penceritaan yang sebenarnya ingin dikongsi. Suka duka, susah senang, gurau senda, gelak ketawa, tangis sedih. Semua pun ada. Biarlah kenangan tinggal kenangan. Kini kita bersiap untuk menghadapi hari esok.

Sudah seminggu rasanya menjalani kuliah di tahun akhir ini. Sibuk? itu sudah semestinya. Banyak kerja yang perlu dilunaskan. Dua minggu berkuliah kemudian keluar praktikum di Kuala Kangsar. Syukurlah, boleh jenguk ishraf dan atuk yang menjadi sebahagian daripada keluarga angkat. Daripada urusan jual beli motor, akhirnya menjadi sahabat seperti keluarga. Siapa sangka Allah pertemukan kami dengan niat asal hendak berjual beli motor sahaja.

Kepada botak itu aku!


Seperti biasa, aku sudah mula berjinak2 menjaga hati, percakapan, pandangan mata, pendengaran telinga, perbuatan tangan, langkahan kaki. Kehidupan lalu menjadi suatu yang perit untuk dkenangkan tetapi manis untuk dimuhasabah. Kalau tidak berlaku silap, mana mungkin aku sedar betapa aku sudah banyak kerugian masa dan tenaga hanya kerana memikirkan yang bukan-bukan. Aku dikatakan sudah jarang kelihatan di bilik dan sekitar kampus. Haha. Makhluk ghaib kah aku? Mungkin pergerakan terlalu pantas dan tidak berpeluang untuk bersosial.

Sempena tahun akhir di IPG Ipoh ini, bakal ku coretkan kenangan terindah untuk ku jadikan bekalan apabila sudah bekerja di kemudian hari. Aku memilih untuk membotakkan kepala bukan kerana rambut gugur sahaja tetapi aku nak jadi student low profile dan tak perlu dipandang orang serta dipuji hebat. Biarlah low profile di mata manusia tetapi high profile di mata Allah SWT. Aku selesa berjalan sendiri, makan sendiri, jogging sendiri tetapi solat dan menuntut ilmu biarlah berjemaah sebab boleh saling berkongsi ilmu. Namun, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Tetap berdiri megah tetapi sayang tidak boleh memberi manfaat pada orang lain. Bukan kita yang rugi?

Sekian dulu hari ini. Terima kasih.

Thursday, February 13, 2014

Malam Dinner Bersama Rakan Sekelas

Syukur
Alhamdulillah
Terima Kasih Ya Rabb

Alhamdulillah, selesai sudah malam dinner bersama rakan sekelas di Restoran Wawa kateko. Menu yang aku pesan ialah Lamb Chop. Dengar kata memang sedap. Tapi bila aku rasa tadi, aku boleh bagi 3 bintang daripada 5. Kuah blackpaper kurang memuaskan, agak pahit sedikit. Apa pun syukur atas rezeki-Nya.

Akan datang buat majlis bacaan yaasin dan tahlil ringkas untuk keselamatan sepanjang menempuh kehidupan di kampus di samping doa kesyukuran atas kesembuhan sahabat kami, Ana Farhana. Tahniah Ana Farhana atas ketabahan dan kekuatan menempuh kesakitan yang dialami. Moga2 itu adalah kifarah atas dosa2 yang pernah dilakukan. Bertuah Ana!

Kebahagiaan bersama rakan sekelas bukanlah hanya sekadar duduk dan makan bersama, tapi kita berkongsi susah senang suka duka supaya kita saling menghargai antara satu sama lain. Apa pun, aku tidak pernah berputus asa terhadap rahmat Allah Taala. Sentiasa berdoa semoga kami sekelas duduk dalam kalangan orang2 yang beriman.

Begitulah fitrah kita sebagai manusia. Sentiasa inginkan kebaikan. Tidak ada yang menginginkan kejahilan atau kejahatan. Semuanya nak kepada kebaikan. Tapi mungkin sebahagiannya ada yang takut untuk berubah, tidak kurang juga yang malu. Tapi, Kun Fayakun. Maka jadi, jadilah. Apa yang Allah kehendaki, pasti akan berlaku. Tapi aku risau, takut2 kalau kita tidak sempat bertaubat sebelum nyawa dicabut Malaikat Izrail. Walaubagaimanapun, wajib husnuzon pada Allah Taala. Semua perancangan-Nya adalah yang terbaik.

"Senyumlah setiap hari.
Semoga dengan senyuman itu
akan membawa kebahagiaan hakiki
dalam kehidupan kita semua"

Sunday, February 9, 2014

Sedih Tak Dapat Anugerah Pengarah

Maha Suci Allah
Maha Pemberi Segalanya
Syukur pada-Mu ya Rabb

Assalamualaikum bloG usangku. Sebenarnya terasa nak update mengenai Lawatan Sambil Belajar Ke MSN Kuala Lumpur jumaat lalu. Tapi sebab fikir lawatan tuh xdak apa sangat yang nak dikongsi. Haha. Jadi malam nih hanya nak meluahkan perasaan hati. Keh keh keh.

Tadi baru dapat berita semasa mengenai Anugerah Pengarah yang diramalkan akan diadakan pada 14hb nih. Sedih sebab yang layak menerima anugerah hanya yang dapat 3.85 ke atas sahaja. So, aku tak layak lah sebab dapat 3.81 sahaja. Huhu.

Memanglah pengalaman itu penting daripada sijil. Aku tak nafikan sama sekali. Tapi pengalaman boleh diperoleh di mana2 sahaja. Kalau anda jadi guru tuisyen kat rumah pun anda tetap dapat pengalaman mengajar kan meskipun berbeza dengan pengalaman belajar di ipg. Tapi itu tetap pengalaman. Tapi sijil anugerah pengarah dari IPG Kampus Ipoh bolehkah anda dapat di mana2? Bukan hanya di IPG Ipoh sahaja? Aku tinggalkan persoalan buat anda.

Just I think it as positively. Sebab peluang sentiasa ada selagi hayat dikandung badan, selagi masih belajar di sini. Malah semangat tak nak kalah itu semakin membara dalam diri. Terbakar hangus. Aku tak menyalahkan sesiapa pun melainkan diri sendiri.

Kadang-kadang, aku terasa terlalu membelakangkan penciptaku. Iyalah, kadang-kadang bila azan dah berkumandang, seruan ilahi mendatang, aku masih lagi duduk ngadap lap top. Seolah-olah aku meletakkan Allah SWT nombor dua. Nombor satu ialah lap top. Itu kan salah. Ada rasa bersalah kat situ. Mungkin sebab tuh lah rezeki juga tidak melimpah. Sedangkan nak minta segala-galanya pada Dia. nak itu nak ini. Tapi letak Dia nombor dua. Kan salah tuh. (Muhasabah diri malam ini)

Tapi siapa sangka bahawa Mas Randy akan berputus asa? tidak sama sekali. Kalau dunia artis pun mampu aku renangi, inikan pula dunia perguruan. Haha. Poyo sangat u ollsss. Iya, sikap kena mula berubah. Jangan duduk di tempat yang selesa. Jangan duduk di tempat yang sama. Usaha dan usaha lagi. SEMANGAT!

(p/s: Walaupun assignment tak buat apa2 lagi, masih semangat kewwww? Haha?)

Thursday, February 6, 2014

Belum terlambat untuk menjadi orang yang hebat

Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Penanda Aras BIG Semester 5 yang diadakan di SK Kampung Jambu Taiping, salah satu sekolah kluster di Perak. Lawatan ini dijayakan bersama-sama dengan guru pelatih unit K19 (Major PAI). Lawatan ini berjaya kami sempurnakan dengan jayanya.

Hasil daripada lawatan ini aku belajar satu ilmu yang jarang kita ambil kisah, iaitu "When u get the work, please don't say no". Segala tugasan atau kerja yang tertanggung di bahu kita adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dituntut di akhirat kelak. Kena fikir, bila kita dapat gaji setiap bulan, apa yang kita beri pada murid-murid kita? Sedang mereka pula sentiasa memerlukan kita.

Sedikit sebanyak hati aku telahpun terbuka untuk menjadi guru. Jadi guru sahaja tidak cukup untuk menjulang anak bangsa di persada dunia, tetapi jadilah guru yang hebat di mata dunia. InsyaAllah hasil anak didik juga pasti berkualiti dan bermanfaat untuk generasi pada masa hadapan.

Sedikit ulasan terhadap pendidikan di SK Kampung Jambu. Serius aku sangat kagum dan terpesona dengan segala pendekatan yang ditekankan di sekolah ini ketika sedang menyampaikan ilmu. Contohnya, penggunaan talking board yang diaplikasikan di dalam bilik darjah menjadikan murid-murid sentiasa peka terhadap pengajaran guru. Inilah yang sebenarnya dikatakan proses mengajar dan belajar sudah pun berlaku di dalam biik darjah.

Sesungguhnya belum terlambat untuk menjadi guru yang hebat di mata dunia. Tapi harus diingat bahawa menjadi guru bukan sekadar mendidik sahaja, tetapi perlu membimbing segala tingkah laku dan gaya hidup murid ke arah kebaikan. Semua orang boleh menjadi guru. Tapi adakah mereka berjaya menjadi guru yang membentuk muridnya dengan didikan dan bimbingan yang sempurna? yang ini kena muhasabah diri sendiri.

Memori di SK Kampung Jambu:

Puan Norihaan (GB Sekolah)
Tengah menjual saham sekolah. Hehe


Wajah gembira program dan habes dah.
Haha

Antara bangunan sekolah.
Kelihatan lama.
Tapi pencapaian mantap!


Sekian, terima kasih.

(p/s: esok Lawatan Sambil Belajar ke MSN Kuala Lumpur pula. 4 suku dah bertolak. Kau hade??? Mata ngantuk dan nih. Hehe)



Wednesday, February 5, 2014

Hangat Pilihanraya JPP IPIPOH

Malam ini terasa nak berkongsi sedikit luahan perasaan kepada Sang BloG ku yang usang sudah rupanya. Hehe. JPP sesi 2012/2013 sudah pun selesai dibubarkan. Alhamdulillah. Kini bermula era pencalonan baharu bagi pemimpin-pemimpin ummah sesi 2014/2015. Nampaknya banyak juga mahasiswa masuk ke pencalonan tersebut.

Aku seperti biasa selalu mendapat dorongan dan sokongan daripada rakan-rakan untuk masuk ke pencalonan JPP. Tapi nampaknya aku harus menolak lagi. Tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa pun tapi aku memang belum bersedia. Semangat pun selalu hilang entah ke mana.

Aku tau bahawa aku memang ada sifat kepimpinan yang terpendam. Sejak zaman persekolahan lagi selalu memegang jawatan. Tapi kali ini jawatan yang dicadangkan kepada aku memang sangatlah besar tanggungjawabnya dan nilai integritinya di sisi masyarakat. Tidak dapat mengangkat dan menanggung dengan baik dan sempurna maka gagal lah aku sebagai pemimpin, iaitu Yang Dipertua JPP. Sudah pasti jawab di akhirat kelak!

Aku yakin peluang untuk menangkan jawatan ini memang besar. Tapi menang sahaja tidak cukup untuk menuntut kembali hak-hak mahasiswa yang dimonopoli. Harus bekerja keras dan berkorban apa sahaja yang dimiliki saat ini. Sudahkah aku bersedia? Jawapannya aku memang sudah bersedia. Tapi keyakinan itu selalu hilang entah ke mana.

Setiap insan pasti berkehendak menjadi pemimpin yang hebat di mata masyarakat. Begitulah aku yang teringin menjadi pemimpin yang hebat dan berjasa kepada seluruh warga IPG Ipoh. Namun, aku kalah lagi dengan semangat dan keyakinan yang kian tenggelam. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan petunjuk yang terbaik buat aku. Amiin.

"Aku Mahu Jadi Pemimpin"

Monday, February 3, 2014

Sempena Chinese New Year

Alhamdulillah syukur pada Allah Taala, masih memberi rahmat untuk bernafas di alam fana ini. Syukur juga anggota badan yang dipinjamkan sementara masih sihat dan sempurna seadanya. Sudah lama tidak menulis di bloG yang cukup berhabuk dan usang ini. Itulah, kadang terasa malas hendak menulis. Satu budaya yang perlu dihapuskan serta merta kerana bermalas-malasan tidak elok untuk hidup yang produktif.

Cukup 5 hari cuti sempena Chinese New Year (CNY). Hari khamis memancing bersama Hamdi, Akmal, Nerudin, Munir dan Asri di Batu Gajah. Jumaat pula ke Kotaraja ada kuliah dhuha oleh Dr Zainal. Selalu muncul di TV9 dalam sesi soal jawab. Sabtu pula bergerak ke Selama memenuhi jemputan Akmal. Kakaknya berkahwin dengan Mat Salleh bernama Mohd Jose bin Abdullah. Alhamdulillah, tahniah!

Jelas terasa keletihannya. Hari ahad dan isnin memang waktu untuk merehatkan tubuh badan yang memang keletihan. Tidur makan tidur makan lah jawabnya. Tak juga gemuk2. Hehe. Sebab banyak tidur, hari ini kena pula jangkitan selesema. Menurut fakta pakar biologi, orang yang selesema akan hilang 40 percent daya ingatan. Betul lah kot sebab bila selsema ni memang tak berapa nak fokus dengan apa yang kita buat. Semoga sembuh esok. Esok nak kuliah dah.

Apa pun, malam ni saja nak buat senarai aktiviti sepanjang minggu ini:

6hb Februari 2014: (Pagi) BIG Semester 5 (Taiping) Sk Jambu
: (Malam) Ceramah kaedah Haraki di Piah oleh Us Zakariah

7hb Februari 2014: Bergerak ke MSN Kuala Lumpur memenuhi proforma subjek PJK

8hb Februari 2014: (Pagi) Kursus KOAM di padang
: (Petang) Fasi untuk teambuilding SK Sri Ampang di Pulako

InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Rabbi Yaasir Waala Tua'sir. Amiin ya Allah.

Tuesday, November 5, 2013

Majlis Ukhuwah dan Bacaan Yaasin K2

Subhanallah
Alhamdulillah
La ilaha illallah
Allahu Akbar
 
Syukurlah ke hadrat Allah SWT kerana telah mempermudahkan majlis kami pada malam ini. Moga kehidupan kami sekelas semakin beroleh berkah dan rahmat daripadaMu yang Allah. Sempena Maal Hijrah ini kami berkumpul memohon belas kasihanMu moga segala amalan kami diterima olehMu. Kini bermulalah lembaran baru bagi amalan2 kami. Semoga kami berhasil melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik.
 
 
 
(p/s: Semoga Berjaya dalam peperiksaan semester ini. Igt, niat kerana Allah Taala. Kejar akhirat insyaAllah dunia dapat sekali)

Monday, November 4, 2013

Alhamdulillah
Syukur LiLLah
Terbuka Pintu Hati
 
Alhamdulillah, syukur pada Allah Taala yang kekal meminjamkan sebentar lagi nyawa untuk jasad dan roh ini. Syukur juga sebab tiba-tiba hati tergerak untuk update bloG yang sangatlah usang ini. Habuk setebal seinci mungkin. Sudah lama kiranya aku tak update bloG ini. Hendak dikatakan sibuk, itu perkataan yang biasa keluar dari mulut seorang bakal guru. Hehe
 
Banyak juga peristiwa2 menarik yang aku tak sempat nak update seperti Hari Raya Aidilfitri di Sik, Kedah, PBS di Perlis, percutian ke Langkawi, jalan2 di Dannok Thailand dan sebagainya. Semua itu memang pengalaman mahal yang tidak ada galang gantinya. Jual trillion pun aku takkan jual pengalaman itu. Pui. Haha
 
Sekadar nak berkongsi minggu ini ialah minggu peperiksaan akhir semester. Sedar tak sedar dah berada di penghujung semester 4 PISMP. Maka genaplah 3 tahun setengah menimba ilmu di perantauan. Sudah cukup lama. Entah mengapalah semakin hari semakin menebal sifat  malas dalam diri. Semua ini kena lawan, kerana dugaan datang menerpa dalam pelbagai bentuk. Cuma aku tak pernah berputus asa dengan rahmat Allah Taala.
 
Hati aku dah lama mati disebabkan banyak gangguan fikiran. Ada sahaja masalah bertubi2 datang menerpa diri yang lemah ini. Ingin ku luahkan tidak tahu pada siapa. Hanya Dia setia berada di sisi ketika senang mahupun susah. InsyaAllah aku akan bangkit dengan semangat baru untuk memurnikan kembali iman dan taqwa kepada Allah  Taala.
 
(p/s: InsyaAllah esok selepas isyak, kelas adakan bacaan Yaasin sebagai penutup untuk semester ini. Juga sebagai usaha minta dipermudahkan olehNya akan soalan2 dalam peperiksaan. Semoga Berjaya buat rakan2 sekelas ku.)

Saturday, May 11, 2013

Gelisah+resah

Utk kawan2
Yang Tersayang
dan
Tercinta

Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka bicara supaya beroleh rahmat dan berkat Allah SWT. Saat ini aku masih jauh menyelami jiwa yang kegelisahan dan resah setiap saat dan masa. Hya Allah yg mengerti betapa pedihnya hati aku seakan-akan aku tak bernyawa. Seolah-olah aku tak berada di dunia kerana pandanganku kadang kala kabur dan terus kabur.

Minggu ini aku mengalami perubahan yang agak drastik. Byk berdiam dan tak senyum. Byk merenung diri jauh ke dasar lubuk hati yang paling dalam. Entahlah apa sebenarnya yang berlaku dalam diri ini. Kadang aku bermimpi pun yang bukan2. Kadang terpancar juga wajah2 yang aku rindui. Aku semakin dekat denganNya tapi kadang tetap terasa jauh. Aku bingung lagi.

Buat kawan2 ku, aku tau bahawa pasti ada yang terasa hati dengan tingkahku yang smakin jauh dari kalian. Tapi aku jauh pun sebab aku berusaha sedaya upaya mengubati masalah hati yang kian alpa dan lalai dimamah zaman. Apatah lagi dengan sahabat tercintaku Akmal dan Abg Din, pasti depa jauh lebih merasa selain macam denganku.

Makan aku seolah-olah tak kenyang, perut rasa nak muntah ja sepanjang masa. Nak kata sakit, aku sihat alhamdulillah. Tapi pelbagai perasaan aneh muncul tiba2. Kadang seluruh badan aku berketar-ketar seperti org kelaparan dan kekurangan tenaga. Mata nak lelap ja. Dan aku berasa MAUT itu juga semakin dekat. Andai nyawaku dicabut, inginlah aku sempat bertaubat atas dosa2 ku. Andai maut itu benar2 sudah dekat, biarlah aku mati dalam husnul khotimah. Aku mohon Allah panjangkan usiaku walaupun aku sudah jemu melihat kerosakan dunia hari ini. Wallahualam.

Friday, May 10, 2013

Aku Mesti Nekad. . .

Syukur
Alhamdulillah

Hasbunallah Wa ni'mal wakil (Cukuplah bagi kami Allah dan Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan). Alhamdulillah, sudah jauh ranjau perjalanan yg aku rentasi. Dan perit, sakit, bahagia semua ada. Tapi ini perjalanan hidup yang kadang2 kita x sangka bahawa kita telah jauh merentasi lautan kehidupan. Bermula saat kita lahir sehingga dewasanya kita, kita x pernah sangka perjalanan kita sudah cukup2 jauh.

Apa sahaja yang ada dalam kehidupan kita sebenarnya adalah apa yg kita impikan selama ini. Namun, kadang kita x sedar kerana kita selalu lupa apa yang pernah kita doa dan minta padaNya suatu ketika dahulu. Tapi Dia membahagi-bahagikan nikmat itu dalam pelbagai rupa. Kadang kita tak sedar. Kadang2 kita nakkan kehidupan senang dan harta yang banyak. Namun kadang2 Dia tak beri apa kita inginkan tapi Dia beri kita nikmat kesihatan yang berpanjangan.

Suatu permulaan kehidupan yang baik itu memang harus disulami dengan keperitan hidup. Agar hari ini kita sedar betapa besarnya nikmat bersyukur terhadap kurniaanNya. Memang ranjau perjalanan yang kita lalui selalunya pedih dan sakit untuk direntasi. Agar hari ini kita sedar betapa susahnya mengecap nikmat kebahagiaan. Namun jangan kita lupa, kerana kesusahan itulah hari ini kita bersyukur dgn apa yg kita ada hari ini. Kerana kesusahan itulah hati kita sentiasa dekat denganNya supaya terpelihara segala kehidupan daripada kejahatan.

Kalaulah hari ini kita rasa betapa pedihnya hidup yang dilalui, ketahuilah bahawa dengan kepedihan itulah mengajar kita untuk tidak sesekali berputus asa terhadap rahmat Allah SWT. Kalaulah hari ini kita menangis kerana keperitan dan kesakitan yang kita lalui. Ketahuilah bahawa air mata itulah sebagai penenang bagi hati dan jiwa kita yang dambakan kasih sayang Allah SWT. Semoga kita semua beroleh manfaat dengan peringatan yang serba serbi ini.

Saturday, April 27, 2013

Bersengkang mata

Mata Kuyu
Kurang Tidoq
Berat Kepala

Alhamdulillah, semalam genaplah 4 hari 3 malam aku menjaga Akmal di Hospital Permaisuri Bainun. Tidur pun kurang sebab asyik terjaga ja sebab nak jaga Akmal elok2. Skrg ni alhamdulillah dia dah sihat. Ini sahaja lah yg mampu aku bantu. Buat teman2, always love you all. Aku puas hati sebab dpt jaga seorang kawan dengan baik.

Cuma aku tertanya-tanya, ada tidak kawan yg mampu jaga aku mcm aku jaga mereka kalau aku sakit? Ada tidak kawan2 yg sentiasa ada di sisi aku kala aku dalam kesusahan? Tapi aku tak mau lah fikir soal itu sebab aku tau aku memang cukup kuat dan tabah untuk kali ini. Semua rintangan aku hadapi seorang diri sebab aku tau itu pasti mematangkan aku.

Aku tak kisah sama ada menjaga kawan sakit dapat pahala atau dosa. Aku tak pentingkan itu semua. Yg penting aku gembira bila aku dpt melihat semula kawan aku sihat seperti biasa. Itu pasti boleh mengalirkan air mata. Apa pun, tugas aku menjaga kawan kali ini dah selesai. Aku faham dan tau bahawa orang yg sakit mesti ada teman disisi sebagai penawar duka di hati.

Kini aku pula yg agak berat kepala sebab kurang tidur. Mata yang agak berat. Rasa mcm nak tidur seharian ja sebab kat hospital tempoh hari asyik berjaga malam ja. Dah mcm pak guard plak aku. Haha. Apa pun, hari ni insyaAllah Akmal bakal keluar dari hospital. Amin2. Aku msh menunggu mesej dia nak mintak ambik. Amboi, aku mcm jd supir VIP ja. Haha. X sabaq juga nak jemput dia dari hospital.

Sunday, March 31, 2013

Roomate Oh Roomate

Harapan aku
Roomate Aku
Tak Baca Post Ini
Haha

Alhamdulillah, terasa hati mula nak update bloG. Sedih juga sbb xdak mood nak update mengenai Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SK Perpaduan bermula 18 Mac until 22 Mac. Sedangkan inilah PBS yang bermakna buat aku berbanding sebelum ini. Suasana sekolah yang aku suka dan murid2 yang sporting dan dengar cakap. Gambar2 yang berjaya ditembak pun memang meletop dengan gandingan artis2/DIVA2 K2. Haha. Nantilah aku kongsikan gambar2nya.

Sebenarnya, bukan itu pokok persoalannya. Kite kembali kepada tajuk yang telah aku letakkan di atas. Agak2 aku nak cerita apa? Haaaaa. . . meh sergah. Tadi roomate aku bagi hardisk. Katanya ada muvi baru. Then, aku bukak lah. Tgk2, byk ja fail mengenai gambaq2 lama dia. Ya laa, dia bukannya suka bergambaq pon. Jadi, bila aku survey, aku dpt gambaq2 yang lucu , masa kami 1st sem PPISMP. Haha. Lawak ja aku tgk. Ini yang aku nak kongsi.

Lihat Tapi. . .
Jangan gelak. Hohoho

Kelihatan jauh.
Hehe



Lebih dekat.
Haha.


Now,
Lihat Yang Terkini:

Haa. . baro macho kan.
Ustaz Teknologi. Hua3

Sorry roomate, aku ambik tanpa kebenaran. Halalkan please. Haha. Anyway, APRIL yang ku nanti nantikan dah pun tiba. Aku mengharapkan kebaikan sepanjang bulan ini sempena hari kelahiranku. Dapat atau tidak hadiah, aku memang tak kisah pon. Sbb aku jrg dapat hadiah. Last aku dpt masa murid2 sekolah bagi aku masa last day berPBS. Terharu lah. Biasa hadiah2 yang aku dapat aku jaga elok2 mcm jaga EMAS. Sbb tak mudah kan org memberi. Org meminta banyak ja. Mcm aku. Haha

(p/s: going to do tesis yang melambak. Kerna diriku bakal merantau jauh selepas ini. Doakan keselamatanku ya)


Sunday, March 24, 2013

Kisah Kematian

Subhanallah
Alhamdulillah
La ila ha illallah
Allahu akbar

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi di atas limpah kurniaNya aku masih berdiri di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Bersyukur juga sebab Dia masih meminjamkan nyawa kepada aku untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Sakit dan pedih menghadapi dugaanNya. Tapi aku tahu ada hikmah di sebalik semua ini.

Kali ni aku nak berkongsi sikit perasaan aku ketika mendengar kisah kematian saudara seagama. Baikpun di laman sosial mahupun secara lisan. Aku tak taulah kenapa sering dan kerap mendengar kisah kematian sejak kebelakangan ini. Apa pun, al Fatihah buat semua umat Muhammad yang telah kembali ke rahmatullah. Cuma aku cukup berasa gentar dan takut menghadapi kematian itu yang pasti akan berlaku dan tak seorang pun mampu lari daripada kepastian itu.

Sungguh aku merasa kematian itu cukup dekat bagi aku. Tak pernah aku mahu lalai dan leka lagi meski diri ini banyak sangat dosa dan khilaf sepanjang hidup 21 tahun ini. Hanya aku cukup tak bersedia menghadapinya. Siapa aku untuk menjawab segala soalan2 di alam kubur. Ada pun aku pernah bermimpi mati ditembak. Namun, pelik sebab aku sangat terasa akan sakitnya sehingga bangun pun aku jadi takut dan gentar teringat akan sakitnya.



Tapi hanya Dia tahu betapa pedihnya aku menanggung hidup aku yang kini. Sebab aku benar2 berhadapan dengan pelbagai cabaran yang hebat dan kuat. Tapi aku syukur sebab Dia beri aku kekuatan dab ketabahan yang kukuh dan kuat agar terus bertahan dalam dunia ni. Tapi aku tahu bahawa aku juga akan berpisah dengan semua yang aku sayangi, ibu bapa, adik beradik, kawan2 terdekat, kawan2 terjauh dan semuanya yang aku kenal. Terasa nak nangis pun ada.

Pada family tersayang dan teman2 sehati sejiwa, aku mohon maaf andai diri ini tersilap bicara dan selalu menyusahkan. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Aku memang banyak karenah dan kadang selalu buat kalian sakit hati dengan sikap2 yang tak baik. Tapi aku tau itu bukan niatku. Kadang aku bergurau terlalu dan terlebih sangat sehingga tak sedar mengguris hati. Betapa aku sayang kalian semua. Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

(p/s: Huhu. Sunyi duduk kampus masa cuti2 ni. Tp apa boleh buat, inilah lumrah Sang Perantau yang mencari ilmu dunia dan akhirat. KULLI NAFSIN ZA IKATUL MAUT)

Wednesday, February 27, 2013

Soul Garden For Lunch

Arggghhh!
Alhamdulillah!
Kenyang sangat!

Alhamdulillah, semalam menyahut seruan kawan2 sekelas yang nak pegi lunch kat Soul Garden. Dengan pakej murah+diskaun kad matrix sebagai student boleh makan dengan sepuasnya. Serius memang kenyang yang teramat sangat. Perut yang sendat dan ketat menyebabkan aku berhenti seketika kemudian sambung balik makan. Hehe. Ada juga yg tak tahan lalu melepaskan hajat di tandas berdekatan. Haha. Makanan bagi aku not bad lah. Ok2 saja. Just pilihan tak banyak. Ikan paling banyak aku sentuh selain buah dan ais krim. Hee

Majoriti kawan2 sekelas dapat join sekali. Ada sekelumit yang tak dapat join sebab ada hal kata mereka. Xpa, kita saling memahami supaya kekal dan bertambah erat hubungan silaturahim. Waktu seperti ni lah kadang2 kita tak perasaan bahawa hubungan menjadi lebih erat. Mungkin akan dikenang sampai kapan pun setelah masing2 akan menuju kehidupan sendiri kelak. Apa pun, aku tak nak komen panjang. Meh kita jenguk gambaq2 yang sempat diambil.

Sergah gambaq:

Amboi
Wajah ceria nak melahap
.


Berhenti seketika
Pasni sambung makan. Hee

Bukan couple ye. Keh3

Mesyuarat Ketua dan Pen. Ketua
Sayap Bayan. Haha

Akhirnya, memang kekenyangan!
Apa pun, this memory will not erased from my life. Our heart build with iman and taqwa. InsyaAllah. Sorry kalau xdak gambaq kawan2 yg lain. Sekadar ini sahajalah gambaq yang aku mampu masukkan. Hee

Sunday, February 24, 2013

MABIT Edisi Ke-2

Alhamdulillah, mendapat jemputan ke Malam Bina Iman dan Taqwa buat kali yang ke-2 di Tahfiz Tambun. Namun kali ni agak meriah sebab ramai sahabat2 yang join, dari UTP, UIA, KISDAR dan Politeknik. Terasa diri ini bertuah kerana digerakkan hati oleh Allah SWT utk menyertai program seperti ini. Yg lebih best, selesai program Qiamulail, selepas subuh bertolak ke Kamunting sebab ada pertandingan futsal bersama kawan2 dr byk tempat seperti Kuala Kangsar dan sebagainya.

Semalam sempat berkenalan dgn beberapa sahabat lain seperti abang Hisham, Radzi, abang KE, budak2 tahfiz dan sebagainya. Paling comel ialah Rafiq yg baru berusia 9 tahun. Manja juga budaknya. Selidik punya selidik katanya ibu bapanya dah bercerai. Kesian tgk dia. Pastuh dia x berapa suka duduk tahfiz katanya sebab bosan. Aku pun bagilah sedikit kata2 semangat utk menyuntik hatinya supaya bersabar dgn apa yg Allah kurniakan. Meh aku tgkkan dulu gambaq kami bersama.

Setelah diedit.
Haha


Haa, dah sampai ke Kamunting, kami ready utk beraksi di gelanggang futsal bernama Gelanggang Purnama. Nak tau apa yang memeranjatkan aku, Encik Haris bawa anak2 buahnya. Siapakah? Haha. Budak2 IPG juga. Memanglah sgt2 kenal. Meh aku sebut nama2 mereka. Abang, Zul, Azam, Fakrul, Afiq, Arip, Aswan dan Syazwan. Depa pun terkejut tgk aku ngan Nerudin ada kat sana. Bezanya kami wakil Tahfiz Tambun, depa wakil IPG. Alhamdulillah, depa johan tadi. Biasalah kaki2 futsal. Kalau aku, sekadar utk kesihatan ja, main cincai2, jadi Goal Keeper Super Power. Hee

Tiba2, masa nak balik dah semula ke kampus, kami diuji dgn kehilangan kunci kereta. Tgk2, abang Iskandar terbawa pulang. Lebih menyedikan, mereka dah pun sampai ke Ipoh. Maknanya, depa kena patah balik ke Kamunting utk hantaq kunci. Dekat sejam lebih juga kami menunggu. Dengan keadaan badan2 yang letih dan tak mandi2 lagi. Habis berpeluh. Tapi xpalah, dugaan Allah itu menunjukkan Allah rindu akan hambaNya. Kena husnuzon pada Allah. Innallaha maassobirin. Apa pun, aku cukup berpuas hati kerana dpt mengisi masa lapang dengan sebaiknya.

Friday, February 22, 2013

Berjalan Sendiri Tanpa Henti

Allah telah menghamparkan sebuah perjalanan yang cukup hebat bagi aku. Terasa letih hidup jauh, meredah rintangan dan ranjau sepanjang perjalanan. Namun, perjalanan ini harus tetap diteruskan tanpa henti kerana masa takkan sesekali berputar kembali ke masa dahulu melainkan kenangan semata-mata.

Ada pun aku yang berjalan hanyalah keseorangan tanpa berteman. Aku harus percaya bahawa Allah itu ada utk aku dan hamba-hambanya yang lain juga. Siapa yang x sedih bila xdak berteman ke mana-mana. Makan kadangkala sendiri, bersukan sendiri, malah jalan2 pun sendiri. Tapi inilah yang mentarbiah aku utk berdikari mencari ERTI KEHIDUPAN yang hakiki, bukan PALSU.

Aku diamkan shja sbb aku x nak lagi menyusahkan orang lain. Cukuplah bagi aku ada Allah dan Rasul. Cukuplah bagi aku sekadar apa yang ada. Kerana kadangkala bersyukur itu lebih tinggi makamnya daripada bersabar. Aku meminta agar Allah tidak memberi aku kawan atau teman yang tidak memberi manfaat pada aku. Bahkan menjauhkan aku daripada agamaku. Pasti aku tolak jauh2.

Ada pun dulu kisahnya diri ini bersahabat baik dgn dia. Namun, hancur lebur dek kerana sifat mementingkan diri sendiri. Telah ku jaga dgn elok orgnya, kerna dia bisa menghibur hati yang lara setelah perginya Mama. Tapi inilah dia lumrah manusia. Saling berdengki-dengkian. Aku teringat lagi akan kisah dia menunggu aku agak lama sbb aku harus menjaga anak-anak yatim dulunya sebentar. Dek kerana sanggup menunggu aku, teman sekelasnya terasa hati lalu membatalkan niat hendak berjalan ke bandar bersama kami. Bermula saat itu, jelingannya kadangkala membuat aku kurang selesa. Cemburulah walhalnya.

Sejak itu, harus membuat keputusan utk tidak lagi terlalu rapat dengan dia kerana harus menjaga perasaan orang lain. Namun perasaan diri sendiri terkorban. Hati yang punah sebenarnya sudah pun sedikit sebanyak terubat dengan mendekatkan diri padaNya. Aku ikhlaskan saja kerna sesen pun aku tak rugi. Sebab aku harus terus melangkah utk hidup aku. Barakallahu fik.

Thursday, February 21, 2013

Elaun Masuk Tapi Memeningkan

Elaun dah masuk?
Kenapa pening?
Haha

Alhamdulillah, malam pada hari selasa bersamaan 19hb Februari 2012 selesai amanah sebagai pengerusi majlis untuk Forum 'Muhamad The Best Idol' anjuran Islamic Study Circle(ISC). Antara panelnya ialah Lukam Hakim, JS Kogilan dan moderatornya ialah Husna Jamil. Alhamdulillah berjalan dgn lancar. Sambutan pun agak menggalakkan. Mungkin kerana rmi tertarik kpd seorang Non Muslim yg ingin berbicara mengenai Rasulullah. Hari ini seorang yang bukan muslim boleh tampil di hadapan masyarakat lalu berbicara mengenai kisah Rasulullah. Aku pulak yang bergelar umat Muhamad ni, mampukah? InsyaAllah, aku hya menunggu masa menjemputku utk menyampaikan ceramah. Hehe

Agak sedikit gementar. Almaklumlah, dah lama tak tampil di hadapan org ramai. Nervous lah jugak. Tapi aku redah ja. Haha. Anyway, isu utama bukan itu tapi duit perbelanjaan elaun yg boleh memeningkan kepala. Bukan apa, semester kali ini mmg byk pakai duit sebab nak bayar itu dan ini. Tapi xpalah, lumrah jadi pelajar memang camni lah. Ada masa2 kena byk berkorban untuk kesenangan pada masa hadapan. Tapi kalau ckp ja nanti para pembaca tak faham. So, mari aku tunjukkan bayaran2 yang perlu dilunaskan kali ini.

BAJET 2013: Ceh, Haha.

Baju KRS: RM238.00
Baju Korporat: RM67.00
Tiket Flight: RM350.00
Yuran Kelas+BIG: RM55.00
Tiket Bas: 84.00
Pulau Perhentian: RM200.00
Yuran P1: RM31.50
Ustaz Zakaria: RM300.00
Travel: RM500.00

Haa, total korang kira sendiri. Dgn berbekalkan elaun sebanyak RM3150. InsyaAllah cukuplah. Ini pun belom termasuk belanja makan, minum, pakaian dan lain2 lagi. Untung ada elaun buku, baucer buku dan claim. Berharaplah dapat awai. Hehe. Xdaklah bertambah runsing mengatur bajet yang pandai lari2. Boleh cover balik.

ISU HOT

Pastinya isu dalam kelas lagi lah. Isu baju BATIK dan KORPORAT yang hampir meledakkan pertengkaran antara kwn2. Yg enggan bayar baju BATIK tuh bagi aku belom berfikiran secara matang. Yes, kita memang  x suka, tapi bukan beerti kita menunjukkan rasa tak suka dgn tidak membayar baju tersebut. Be a profesional person. Kita bukan hidup dlm keadaan papa kedana. Sekadar melunaskan yuran BATIK ja pun. Then, korporat pulak dah. Tp serius aku memang nak warna HITAM. HITAM. HITAM. Haha. Bukan apa, hitam itu bagi aku menawan dan elegan. Mmg mantop. Ada yg komen, panaslah dan sebagainya. Bg aku, yg namanya baju KORPORAT mmg panas pun sbb kainnya agak tebal. Alih2, warna MERAH jugak dipilih. Setau aku warna merah pun panas juga. Sebab merah kan HOT. Haha. Tp aku mgalahlah demi keamanan. Peace.

Monday, February 11, 2013

Aku dah Penat

Sepi
Senyap
Ya, hari-hari yang sunyi

Alhamdulillah, aku masih meneruskan perjuangan utk hidup dalam kampus yang sunyi dan sepi tanpa mendengar suara2 tawa dan senda gurau. Begitulah kiranya aku menduga. Apa pun, bukan ini yang aku nak kongsi. Aku masih bingung mendengarkan persoalan dari mulut orang2 yang kononnya aku masuk bertanding dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP). Entah dari manalah depa dapat berita palsu tuh. Apa pun, I wanna tell to all of you that i've done to be a leader since 7 years old.

Aku bukan tak nak jadi pemimpin walau aku tau tenaga ku sangat diperlukan. Tapi bukan untuk kali ini. Aku nak rehat dari semuanya. Sepuas-puasnya. Aku nak mengembara sejauh mana yang boleh. Biar aku melihat dunia ini dengan lebih luas. Kerna aku tau tanggungjawab menjadi pemimpin menyebabkan aku kena banyak berkorban. Aku juga dah banyak berkorban jiwa dan perasaan.

Nabi ada bersabda bahawa tiap-tiap dari kamu adalah khalifah di atas muka bumi (PEMIMPIN). Ilmu di dada sangat tak cukup utk melayakkan aku menjadi pembela nasib Mahasiswa dan Mahasiswi. Sekarang aku nak senaraikan tanggungjawab yang aku pegang bermula di bangku sekolah lagi. Ini menyebabkan aku cukup letih dan penat.

Sekolah Rendah
Tahun 1(1999): Pengawas Sekolah
Tahun 2(2000): Ketua Kelas
Tahun 3(2001): Ketua Kelas
Tahun 4(2002): Ketua Kelas
Tahun 5(2003): Ketua Pengawas Pusat Sumber
Tahun 6(2004): Ketua Murid

Sekolah Menengah
Form 1(2005): Pengawas Alam Sekitar
Form 2(2006): Pengawas Alam Sekitar
From 3(2007): Pengawas Alam Sekitar
Form 4(2008): Pengawas Sekolah
Form 5(2009): Timbalan 1 Ketua Pelajar+Ketua Kelas

IPG Kampus Ipoh
Semester 1 PPSIMP (2010): Bendahari Kelas
Semester 1 PISMP (2012): Ketua Lujnah Kesenian dan Rekreasi+Ketua BIG.

Kelebihan aku memang ada pada sifat kempimpinan. Cuma aku perlu merehatkan diri buat seketika. Cukuplah penat yang aku tanggung selama ini. Izinkan aku berehat pulak. Sekadar memberi ruang kepada diri untuk melaksanakan beberapa perancangan yang sudah dirancang dari awal. InsyaAllah Bandung, here i come! Doakan saya.